KL CHRONICLE: Kini @anwaribrahim akui pendekatan @khalidsamad kurang ajar

Thursday, July 17, 2014

Kini @anwaribrahim akui pendekatan @khalidsamad kurang ajar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pertimbangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya memaafkan kesilapan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad kerana mempertikaikan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).




"Kita sebagai rakyat di Selangor tentunya apabila tuanku bertitah demikian, kita mengambil berat.

"Namun kita akan memohon supaya pertimbangan tuanku dengan semangat dan rahmat di bulan Ramadan ini untuk beri ruang kepada Khalid," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Anwar berkata, Khalid disifatkan sebagai tokoh yang berwibawa dan prihatin terhadap rakyat, namun dalam masa yang sama tegas dan keras.

"Jika ada sedikit pendekatan yang kurang ajar, mungkin ada ruang untuk beliau memohon maaf daripada tuanku," katanya.

Sultan Sharafuddin dalam titah perasmian Masjid Pekan Sepang semalam murka dengan kebiadapan Khalid mempertikaikan kuasa Mais dan peranan baginda dalam badan agama itu.

Titahnya, Khalid yang bukan anak jati Selangor itu jahil tentang peranan Mais walaupun sudah diberi peluang menjadi ahli Parlimen di Selangor.

"Beta menyeru kepada Khalid di masa akan datang supaya beliau berwaspada mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais dalam menasihati beta mengenai agama Islam," titahnya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini juga dilaporkan menasihati wakil rakyat di Selangor supaya menghormati sistem monarki berperlembagaan apabila hendak mengkritik atau memberikan sesuatu pandangan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget