Ramai yang seperti pelik dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim semalam yang secara tiba-tiba ingin mengadakan dialog dengan kerajaan
Barisan Nasional (BN).
"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam
perpaduan dengan mana-mana parti politik. Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi
kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah
kepentingan bangsa dan politik baru," ," kata Anwar dalam satu
kenyataan ringkas.
Ada yang mengatakan ia satu petanda yang baik, tidak kurang juga
ada yang mengatakan sebaliknya.
Namun bagi yang mengenali diri Anwar yang sebenarnya, kenyataan
itu sebenarnya membuktikkan bahawa dia berada dalam keadaan yang terdesak. Ini
kerana seperti yang diketahui, selepas GAGAL merampas Putrajaya dalam
pilihanraya umum yang lalu, ramai telah mula meninggalkannya.
Mereka seolah-olah telah tersedar dari mimpi dan mula dapat
menilai wajah sebenar makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Contoh paling ketara,
apabila media baru-baru ini melaporkan mengenai 11 pemimpin utama cabang parti
PKR yang mengumumkan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak mahu
bersekongkol dengan pembohongan Anwar.
Malah keputusan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini
juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar. Ini kerana sekiranya muzakarah
itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka peranan Anwar akan semakin
mengecil.
Atas sebab itu, Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi
menghalang usaha tersebut direalisasikan. Rationalnya apa perlu untuk Pas
bermuzakarah secara berasingan dengan Umno, kerana ia seharusnya dilakukan atas
nama pakatan pembangkang.
Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu
sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi
jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.
Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia
kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya
semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar
ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia
terjadi.
Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan
demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang
di tengah jalan.
Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai
Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah
keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?
Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah
sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?
Sedangkan sekiranya benar Anwar ikhlas, dia sepatutnya mengusulkan
perkara ini sejak dulu lagi. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan, majoriti
perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar.
Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan
Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku, maka baru dialog hendak
dilakukan.
Kesimpulannya kenyataan dialog ini hanyalah sandiwara Anwar
semata-mata dan tidak seharusnya dilayan, biarlah ia berlalu begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment