Tuduhan
pihak pembangkang melalui kenyataan media Edy
Noor Reduan, Pengarah
Propaganda, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahawa Pulau Batu Puteh
tergadai kerana rasuah wajar diberi perhatian serius.
Memandangkan
Edy bercakap atas kapasiti Pengarah Propaganda, maka kenyataan beliau dengan
sendirinya bolehlah dianggap sebagai propaganda iaitu tidak semestinya benar
dan hanya dibuat bagi menimbulkan kekecohan. Kenyataan beliau adalah bersandarkan
sebuah Akuan Bersumpah oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM, Mat Zain
Ibrahim.
Menurut
Akuan Bersumpah tersebut, Mat Zain menyatakan bahawa Peguam Negara, Tan Sri
Abd. Gani Patail telah dengan sengaja menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu
Puteh kepada Singapura ketika prosiding Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ). Kononnya, ia berlaku
atas perlakuan rasuah melalui pemindahan wang dalam jumlah yang besar ke Hong
Kong sejurus selepas Malaysia kalah dalam tuntutan Pulau Batu Puteh.
Apa yang Edy
tidak tahu ialah keputusan yang dibuat oleh ICJ adalah bersifat menang-menang
iaitu Malaysia telah mendapat Batu Tengah sementara Singapura mendapat Batu
Puteh. Oleh itu, tidak
logik sama sekali bagi sesiapa untuk menerima atau memberi rasuah dalam kes di
mana kedua-dua pihak telah menang.
Duta
Malaysia ke Netherlands pada ketika kes berlangsung, iaitu Datuk Noor Farida
Ariffin turut terkejut dengan dakwaan rasuah yang dibuat oleh pihak pembangkang
dan menganggapnya sebagai tuduhan liar yang langsung tidak berasas dan dibuat
oleh pihak yang tidak punya apa-apa pengetahuan mengenai kes tersebut.
Beliau
menyifatkan tuduhan Mohd Zain bahawa Malaysia telah menghantar gambar pulau
yang salah sebagai antara faktor yang menyebabkan kekalahan tuntutan tersebut
di mahkamah. Malah,
Noor Farida juga menjelaskan bahawa Abdul Gani bukanlah pihak yang mengetuai
kes itu di ICJ tetapi Tan Sri Abd. Kadir Mohamad, atas kapasiti Wisma
Putra.
Pasukan yang
terlibat adalah terdiri dari semua jabatan kerajaan yang terlibat termasuk sekumpulan
peguam dari luar negara selain Peguam Negara sendiri.
Segala
keputusan yang dibuat adalah secara berkumpulan dan hujah-hujah yang
dikemukakan juga telah terlebih dahulu dipersetujui oleh semua. Justeru, tiada ruang bagi Abd. Gani
atau sesiapa sahaja untuk terlibat di dalam rasuah dalam kes ini.
Nampaknya,
Edy dan Mohd Zain sendiri telah melampaui batas dalam berpropaganda. Fitnah seperti ini adalah keterlaluan,
sekali gus membuktikan betapa SAMM tidak punya kredibiliti ataupun integriti
dalam perjuangan.
Mungkin
Datuk Abd. Gani wajar ‘mengajar’ anak-anak muda ini agar lebih bertanggungjawab
dalam membuat kenyataan di masa depan. Jika
tidak, pastinya ada rakyat yang akan terpedaya dengan fitnah mereka yang
keterlaluan itu.
No comments:
Post a Comment