KL CHRONICLE: Puad Zarkashi : Apa Game Azmin dan Hamzah?

Monday, October 19, 2020

Puad Zarkashi : Apa Game Azmin dan Hamzah?



Pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik UMNO.

Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers PN guna neratif “UMNO gila kuasa” dan “UMNO mahu Anwar jadi PM”. 

Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar.


Cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow. Portal itu adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah penaja portal itu.

UMNO menang 7 PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB yang meninggal dunia. Sebagai parti politik sudah tentu UMNO kena letak calon. Apakah itu gila kuasa?

Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya. Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili.

Begitu juga PRN Sabah. UMNO bertanding kerana Shafie Afdal yang bubarkan DUN Sabah. UMNO bertanding secara demokratik.

Tetapi politiking gila kuasa dalam PPBM menyebabkan berlaku pertukaran jawatan Perdana Menteri dalam tempoh seminggu antara Mahathir dengan Muhyiddin.

UMNO mengambil pendirian menyokong kedua duanya supaya pentadbiran kerajaan terus berfungsi dan kebajikan rakyat tidak terabai. Apakah itu gila kuasa?

Walaupun UMNO majoriti, UMNO tidak menuntut apa apa jawatan khusus. Azmin yang dikaitkan dengan skandal video samburit diberi jawatan Menteri Kanan paling kanan.

Malangnya di PRN Sabah UMNO ditikam dari belakang. Ia bukan cobaan. Ia adalah betul betul. Alhamdulillah Hamzah Zainuddin gagal menimbus UMNO di Sabah.

Itulah pencetus kepada keputusan Biro Politik UMNO. Salahkah UMNO menuntut supaya PN diurus atas konsensus parti politik bukan lagi individual MP?

Kalau itu tidak dipersetujui, jelaslah siapa yang gila kuasa. UMNO akan terus bangkit umpama “Biri biri menjadi singa”.

1 comment:

Anonymous said...

To Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (President of the Malaysian Chinese Association)

Here I would like to say that BN losing is not a bad BN concern, especially MCA because most of the MCA members are lower branches, its leaders have succeeded in being arrogant and unsparing and snakes, because that resulted in many Malays, Chinese and Indians getting angry and losing the general election badly

For example, what I know is the Chairman of MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, and Datuk Yip Kum Fook (His Father).. they are snakes until the money of the Temple dares to be brave and drive the Buddhist Monks out of the temple, people hate MCA.

Now in the internet there are too many people complaining about them (Datuk Yip Kum Fook and Yip Jiun Hann), Sir you have to do something, we Chinese people in Kepong and MCA members, we are also very embarrassing to other races.

If MCA wants to regain its good name and support from the public, leaders like this should be scraped cleanly from the party, otherwise it will be difficult to regain morale

Thank you

Yep Leong Fah

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget