Terkejut dengan statement Chegu Bard melalui Facebook bahawa Khazanah Malaysia dalam proses akhir penjualan kepentingan Kerajaan kepada satu pihak swasta negara asing. Saya percaya Syarikat Vinci & Gatwick Airports dalam perundingan dengan Khazanah sapertimana laporan awal Julai di FMT & The Malaysian Reserve.
Sekiranya ini benar ia adalah pengkhianatan kepada negara dan bangsa terutama sekali bumiputra.
Ini nampaknya adalah muslihat dan konspirasi beberapa pihak dalam Kerajaan dan Khazanah dan dipengarauhi oleh satu pihak swasta yang ingin melihat satu satu institusi bumiputra yang agak berjaya dan terkenal seluruh dunia hancur ranap.
Daripada beberapa syarikat kepunyaan Khazanah, MAHB telah diiktiraf oleh Khazanah sendiri (dari laman webnya) bahawa MAHB dari tahun 2004 hingga 2017 sebagai syarikat yang memberi “shareholders returns yang tertinggi setahun” iaitu 17.3% berbanding dengan semua syarikat seperti TNB (9,9%), TM (15,2%), Axiata (2.7%) , UEM (9.3%) dan IHH (14.9%). Oleh yang demikian apa logiknya nak divest kepentingan dalam satu aset strategik yang terkenal sebagai satu kumpulan syraikat pengendali lapangan terbang ke-4 terbesar dunia.
Pengalaman lepas saya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan yang sentiasa berkerja rapat dengan pihak pengurusan MAHB mendapati MAHB dipimpin oleh satu pasukan profesyional yang disegani oleh negara asing yang lain. Sepertimana diketahui umum MAHB juga diberi kepercayaan oleh Kerajaan Turki memiliki dan mengendali Lapangan Terbang Kedua terbesar diTurki iaitu Sabiha Gochken Istanbul.
Selain daripada ini, MAHB juga diberi kepercayaan untuk mengendali fasiliti di lapangan terbang antarabangsa Hamad, Doha salah satu lapangan terbang antarabangsa terbaik dunia. Saya juga terlibat dengan perbincangan awal dengan Kerajaan Arab Saudi mengenai pembidaan projek lapangan terbang Jeddah yang baru. Orang Arab memang berminat untuk mendapat kepakaran MAHB untuk mengendali lapangan terbang Jeddah yang baru dan MAHB telah disenarai pendekkan.
Saya sedar sejak dulu lagi ada satu pihak yang sentiasa memperlekehkan keupayaan MAHB dan mencari jalan untuk memburuk burukkan agar dia dapat mencapai objektifnya memperolehi satu lapangan terbangnya sendiri. Insiden masalah network KLIA baru baru ini itu juga menjadi tanda tanya samada ini semua sebahagian konspirasi tersebut. Laporan media masih tidak menolak kemungkinan sabotaj.
MAHB sebagai satu syarikat yang berjaya patut diberi galakkan untuk mereka mencebur diri dipersada antarabangsa kerana banyak negara ditimur tengah dan Afrika berminat untuk belajar dari Malaysia untuk mengendali lapangan terbang dengan berjaya dan menguntungkan. Membawa masuk operator asing dalam negara bermakna kita sanggup dijajah oleh Mat Salleh balik semula.
MAHB syarikat yang raih turnover hampir 4 billion ringgit pada tahun 2018, keuntungan sebelum cukai RM700 juta, disamping itu, Kerajaan juga memperolehi user fee (perkongsian keuntungan) sebanyak RM400 juta setahun.
Memang benar kata CheguBard Angsa yang bertelur emas itu mahu dibunuh. Saya harap YB Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dapat memberi penjelasan terhadap isu ini.
Ab Aziz Kaprawi
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan
5 comments:
Berita mcm nii jgn dengar sebelah pihak saja..macaii tolol akn cipta isu yg sumbernya meragukan..xde slh pun dijual klau asyik rugi saja..byk glc sepatutnya meletakkn kaum cina sebagai peneraju,ltk melayu asyik rugi saja..melayu suka berhibur jadii terus bergoyang nonton gegaq vaganza..bab ekonomi dn politik biar cina urus..kikikiki..
Mu jer yang hidup dlm khayalan.. Ted ketuk kepal
Sila abaikan segala komen bangang oleh ted klon (8.25 PM tu)
Kerjanya hanya copy paste je.
prottttt 💨 prettt 💩 di muka ted klon 8.25 pm.. ahhh leganyaaaa
Pada tunpatimah tlg jgn klon2 lagii..anda nk sokong siapa tuu hak anda tapii jgn klon2 nama org lagii..😟😞😖☹😝
asa Tun Mahathir Orang Dah Lupa*
*Zaman PM4 (1981-2003)*
1. MAMINCO - bangkrap
2. MAKUWASA - bangkrap
3. PERWAJA - bangkrap
4. BMF - bangkrap
5. BNM - rugi RM31.5 billion
6. Forex - gagal
7. Bank Bumi - rugi
8. BAKUN - rugi
9. MAS - rugi
10. ERL - kerajaan terpaksa bayar kroni
11. PKFZ - rugi
12. PUTRA LRT - bangkrap-bailout
13. STAR LRT - bangkrap-bailout
14. MONOREL - bangkrap-bailout
15. BAS INTRAKOTA - bangkrap
16. SILTERRA - rugi
17. JARING - gagal
18. MEC ELECTRONIC GAMBANG - bankrap
19. MIMOS - gagal
20. HICOM - gagal
21. EAGLE PLANE
22. IPP - rugikan TNB berbilion
23. TNB - rugi
24. PROTON - rugi
25. FIMA Rantei - gagal
26. SOGOSHOSHA - gagal
27. JUDICIARY - dicemar
28. UMNO - diharamkan
29. DAYABUMI - gagal
30. TIME dotCom - rugi
31. KONSORTIUM PERKAPALAN - rugi
32. MISC - lingkup
33. IWK - rugi
34. DASAR PANDANG KE TIMUR - gagal
35. PLAZA RAKYAT - terbengkalai
36. JB WATERFRONT CITY - terbengkalai
37. KRONISME - berleluasa
38. HARGA BARANG - naik
39. ARAK - Mirzan beli kilang arak San Miguel - jatuh maruah dan berdosa besar
40. RINGGIT - jahanam daripada RM2.20 kepada RM3.80 (vs USD)
41. SUKAN KOMANWEL - masih ada yang tak dapat payment
42. EKUITI BUMI - naik tak smpai 2% selama 22 tahun
43. PIRATISATION - 200 syarikat awam difaraidh kepada kroni, dan anak-anak
44. PENAPIS MINYAK - 22 tahun tiada penapis minyak sendiri terpaksa import dari Singapura
45. SURAT WAHYU - boleh menang tender, loan boleh approve, boleh lari dari penguatkuasa, syarikat RM2 boleh dapat projek juta-juta
46. MINYAK NAIK - dari 89 sen hingga hampir 3 ringgit masa 1998.
47. Boboi MB Kedah 2 Kali - bailout
48. PM4 Bapa Baillout,
49. Beli 88 pesawat pejuang SKYHAWK, 44 tiba, baki 44 tersadai di USA.
MR : Ada banyak lagi usaha Tun M berusaha untuk mensejahterakan rakyat dan negara...tanpa mengira wang masuk ke account peribadi.
https://mindarakyat.blogspot.com/2019/04/jasa-tun-mahathir-orang-tak-tahu.html
Post a Comment