KL CHRONICLE: Kejayaan @NajibRazak di #Turkey yang ramai rakyat #Malaysia tidak tahu

Sunday, July 28, 2019

Kejayaan @NajibRazak di #Turkey yang ramai rakyat #Malaysia tidak tahu

Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan telah melawat lapangan terbang kedua terbesar Turki (dan ke 12 terbesar Eropah) iaitu Sabihah Gokcen International Airport (SGIA) ketika lawatan rasminya ke negara tersebut.

Mahathir pun kena troll dengan surat khabar tempatan

Ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya SGIA adalah milik penuh Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) yang merupakan anak syarikat milik Khazanah Nasional.



Kisah bagaimana MAHB mengambil alih dan memajukan SGIA adalah sangat menarik. SGIA bukanlah sebuah lapangan terbang yang asalnya menguntungkan. Pada tahun 2007, ketika MAHB memiliki 20% pegangan di dalam lapangan terbang tersebut, SGIA hanya menerima 3.5 juta penumpang setahun.

Siapa ingat Proton Juara zaman Mahathir? Ha Ha Ha

Pada zaman DS Najib Razak, MAHB telah diberikan lampu hijau bagi membeli pegangan 40% daripada GMR Infrastructure Ltd (syarikat India) dengan harga €225 juta pada tahun 2013. Pada 2014, MAHB memiliki SGIA secara penuh selepas membuat pembelian baki 40% daripada Limak Holding (syarikat Turki) dengan harga €285 juta.

Pelaburan ini pada awalnya dilihat berisiko kerana SGIA mencatatkan kerugian dan bergelut bagi menarik syarikat kapal terbang, namun kepercayaan kerajaan kepada pengurusan Khazanah dan MAHB tidak sia-sia.

Bermula selepas itu SGIA tidak menoleh ke belakang lagi. Pada tahun 2017, SGIA berjaya menerima kedatangan 32 juta penumpang (melebihi KLIA) dan memberikan khidmat kepada 53 syarikat penerbangan ke 131 destinasi antarabangsa dan 41 domestik. Ini adalah pertumbuhan tahunan purata 25% dan antara yang tertinggi di dunia.

SGIA juga mula mencatatkan keuntungan selepas rugi bertahun-tahun. Pada 2017, SGIA mencatatkan keuntungan bersih RM236.5 juta melalui hasil terkumpul tahunan RM4.65 bilion.

Selepas PRU14, Turkish Airlines telah membuat tawaran bagi membeli 80% pegangan SGIA dengan harga €750 juta. Sekiranya tawaran itu diterima, MAHB akan mencatat keuntungan sekurang-kurangnya RM1.7 bilion bagi pelaburan kurang daripada 6 tahun.

Apa yang berlaku menunjukkan bagaimana sebuah kerajaan hanya boleh berjaya dengan kepercayaan dan kerjasama antara pegawai dan pemimpin negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang atau retorik politik.

Inilah kisah bagaimana DS Najib Razak akan terus hidup di hati kami walaupun kalian berusaha memagarnya di balik tirai besi

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
UTC Terengganu

9 comments:

Anonymous said...

ZIARAH KUBO ANTARTUK TIBA DI TURKI
DEEP MAKSUD & ERTI KUTTY FITNAH NI
NAK KASI TAWARAN PROTON PRODUA LAGI
DEPA ADE SUPERCAR POWERFUL BL0ODY FULL KUTTY..!!


KIKIKIKIKI....


miajalipahJR

Anonymous said...

ATOK KUTTY DAH NYANYOK!!!

ted manoff said...

Tlg jgn buat fitna admin..ingat rakyat bodoss mcm mahchai2 umno kerr..πŸ―πŸ―πŸ…πŸ†

tunfatimah said...

Kesian pakcik nk salam najib tapi tak dilayan.kurang ajar najib ni.boleh admin siarkn vidio itu tak?��

tunfatimah said...

wang panas! wang panas ! jual cpt atok..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

ted manoff said...

Madey memang nyanyok tahap kronik. Belum pernah PM Malaysia dpt malu mcm tu. Sepenggal je la jawabnya. Rakyat akan tolak parti cap Porn Hub ke longkang.. kikikiki πŸ˜πŸ€­πŸ―πŸ―πŸ…πŸ†

Anonymous said...

esok coti agong esok lusa kalu kuty mati ada coti tak...!! bole coti coti mesia..

Anonymous said...

Azmin wants Dr Mahathr to serve full term as prime minister...

KEHKEHKEH...

KAN DAH KATA ....CIUM JUBOK MAMAK KUTTY 7 KALI SIANG MALAM PUN BANG NON TAK KAN DAPAT JADI PIEM KE 8....

PKR= PARTI KUNYIT RAKYAT...DAH NAK MELINGKOP!!!

tunfatimah said...

Aku pun sokong sebab tak mau nuar jadi PM dan undi sekali lagi PRU 15. 😊😊😊

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget