Terdapat banyak rujukan di dalam Bajet 2019 mengenai penjualan aset-aset kerajaan termasuk penjualan tanah.
Saya sebenarnya tidak terkejut kerana inilah "short-cut" yang sama dilakukan di Pulau Pinang sebelum ini.
Bajet 2019 menyebut kerajaan juga berhasrat menjual lapangan terbang, hospital dan rangkaian landasan keretapi dengan kaedah REIT.
Jika hasrat untuk menjualnya diteruskan, saya berharap mereka membuat penilaian sebaiknya.
Adalah tidak masuk akal jika aset yang memberi pulangan tahunan yang tinggi berbanding kos faedah bon kerajaan 3.8 peratus dijual begitu sahaja. Ini mengorbankan masa depan kerajaan.
Sebagaimana saya jangkakan, mereka telah menjarah rizab tunai Petronas yang sebelum ini sudah meningkat sehingga RM147 bilion sehingga Mac 2017 iaitu ketika pentadbiran saya.
Kini, mereka mahu Petronas membayar dividen RM54 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini dan tahun depan, satu angka tiga kali ganda berbanding pada 2017.
Petronas ialah satu-satunya syarikat Global 500 yang Malaysia ada.
Oleh itu, saya sentiasa menitikberatkan keutamaan untuk Petronas berkembang dan menjaga kekayaan negara ini dan masa depan serta bersedia untuk hari di mana rizab gas dan minyak negara kita susut.
Saya harap penjarahan Petronas ini tak akan mengganggu-gugat perancangan pembangunan dan masa depan Petronas.
PH kerap bercakap mengenai hutang meningkat ketika pentadbiran saya tetapi tidak pernah mendedahkan bahawa aset kerajaan turut meningkat yang dengan mudah mencapai RM500 bilion atau lebih.
Lihat sahaja pada aset dimiliki Bank Negara Malaysia, Khazanah, Petronas dan lain-lain yang melonjak naik pada tempoh yang sama.
Aset-aset inilah yang akan dijual oleh kerajaan PH.
12 comments:
Kepandaian menteri tokong hong kong adalah menjual aset kerajaan. Bila semua aset dah habis, rakyat pula dia akan jual ke hong kong.
Diamlah kau jib!
Panas ke bro
Pi makan obat darah tinggi
Subsidi minyak dalam Belanjawan 2019 hanya akan dinikmati oleh golongan pemilik kereta yang berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah dan motorsikal berkapasiti 125cc ke bawah sahaja.
Kalau melihatkan kereta Proton sahaja, banyak jenis yang melebihi 1,500cc yang bakal tidak dapat subsidi minyak, seperti Exora, Preve, Suprima, Persona, Iriz malah Saga baru juga ada yang mempunyai kapasiti 1,600cc.
Adakah pemilik kereta Proton di atas golongan kaya? Bagaimana dengan BMW 3 series, Audi A4, Mercedes Benz yang mempunyai kapasiti enjin 150cc dan ke bawah. Golongan ini miskinkah?
Bandingkan harga Honda Civic 1.5 dan Proton Waja 1.6 di bawah. Golongan mana layak mendapat subsidi dan golongan mana yang dinafikan hak menerima subsidi. Adilkah Kerajaan PH?
Berikut adalah antara kereta orang berada yang layak menikmati subsidi minyak bersasar:
BMW i8 (1.5)
Mercerdes Benz Avantgarde (1.5)
Volkswagen Golf (1.5)
Mini Cooper Countrymen (1.5)
Mini Cooper Clubman ( 1.5)
Mazda MX-5 (1.5)
BMW 318i (1.5)
BMW 118i MSport (1.5)
Honda CRV 2WD (1.5)
Ford Focus sedan (1.5)
Honda Civic 2018 Premium(1.5)
Toyota Sienta (1.5)
Toyota Rush (1.5)
Audi A4 (1.4)
Audi Q3 (1.4)
Volkswagen Tiguan (1.4)
Mazda RX-8 (1.3)
Mercedes Benz A200 (1.3)
Volkswagen Beetle (1.2)
Renault Cleo (1.2)
Renault Captur (1.2)
Peugot Puretech (1.2)
Kesimpulannya, ini subsidi bersasar atau tersasar? Cuba kau jelaskan pasal ini.. Adil ke tak dasar pei ehh ni..
BELANJAWAN 2019 BUKTI KERAJAAN PH GAGAL TUNAI JANJI
“Secara jujur saya ingin sebut bahawa beberapa perkara yang dibentangkan adalah baik kepada PTPTN, namun sebagai sebuah kerajaan yang telah berjanji kepada rakyat sudah jelas Bajet 2019 mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan apa yang dijanjikannya.”
Demikian ulas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Annuar Nasarah yang juga mantan pengerusi PTPTN berkaitan pembentangan belanjawan 2019 yang dilaksanakan hari ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Katanya, pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam melebihi RM1,000 sebulan bermakna kerajaan mewajibkan potongan gaji kepada semua peminjam bergaji RM1,000 ke atas.
“Ini menunjukkan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan PH untuk memulakan bayaran balik ditangga gaji RM4000 dengan sendirinya tidak dilaksanakan, sebaliknya mewajibkan pula potongan gaji bermula pendapatan RM1000 ke atas.
“Sebelum ini PTPTN memang melaksanakan sistem bayaran balik melalui potongan gaji, namun ia bukanlah suatu yang wajib sebaliknya dilaksanakan atas persetujuan peminjam.
“Jadi apa yang dilakukan Kerajaan PH ini bertentangan dengan Janji 100 Hari PH.”
Ulasnya, Kerajaan PH juga mencadangkan potongan pinjaman kepada peminjam daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan Kelas Pertama yang difahamkan untuk peringkat Ijazah sahaja.
“Dasar baru ini bermakna bukan semua peminjam mendapat keistimewaan ini.
“Selama ini Polisi “Pengecualian Bayaran” telah dilaksanakan kepada lepasan Ijazah Sarjanamuda Kelas Pertama. Sejak dilaksanakan oleh PTPTN sehingga Mac 2018 sejumlah 45 ribu pelajar mendapat nikmat ini dengan hampir RM1.5 Bilion PTPTN belanjakan, Malah apa yang dilaksanakan dahulu nikmatnya diperolehi oleh semua golongan tanpa mengira latar belakang.
“Ini sebagai suatu usaha mewujudkan daya saing dikalangan pelajar.”
Bagaimanapun katanya, dasar baru Kerajaan PH ini hanya akan dinikmati oleh peminjam B40 sahaja.
“Malah kemungkinan ” potongan pinjaman juga bermaksud bukan ” pengecualian bayaran ” sebaliknya hanya dipotong pinjaman mengikut peratus tertentu sahaja.
“Secara umumnya perkara yang dinyatakan dalam Bajet 2019 berkaitan PTPTN baik kepada PTPTN kerana telah dilaksanakan sebelum ini cuma ditambahbaik sahaja. Malah banyak yang mereka tentang dulu terus dilaksana. Ini bermakna apa yang Kerajaan BN lakukan sebelum ini adalah betul.
“Umpamanya pelepasan cukai yang diumumkan dari RM6000 kepada RM8000 adalah lanjutan dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Ia menepati perancangan PTPTN sejak Kerajaan BN iaitu mengalihkan kebergantungan pelajar kepada pinjaman sebaliknya kepada simpanan sesuai dengan imej ” Tabung Pendidikan ” yang dijenamakan baru oleh Kerajaan BN.”
Namun katanya, ia diputar belit oleh PH ketika itu termasuk oleh Pengerusi PTPTN sekarang.
“Hakikatnya sekali lagi rakyat ditipu kerana disebut tadi beberapa perkara yang diumum terutama berkaitan potongan gaji ternyata menunjukan Kerajaan PH tidak menunaikan janji iaitu menangguhkan bayaran balik bagi gaji di bawah RM4000 dan tiada lagi ‘Pengecualian Bayaran’ sebaliknya ‘potongan pinjaman’ yang hanya dinikmati oleh mereka dikalangan B40 sahaja.
“Sebetulnya, dalam apa keadaan pun Bajet Kerajaan PH 2019 nampaknya masih gagal mengemukakan program atau dasar dasar baru yang lebih jelas.”
Tegas beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong, hampir kebanyakan diumumkan adalah apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN dahulu.
“Malah banyak daripadanya dahulu mendapat bantahan daripada mereka namun ia dilaksanakan semua dan hanya bertukar nama dan penambahbaikan disana sini sahaja
Babi 9:33 mana reti nk jawab
EKELEH....BUKAN KE DULU MAMAK MATDEY MAHATAIK KUTTY TU DOK KATA ...PEMBERIAN BR1M ADALAH RASUAH.....SEKARANG NI NAK TANYA BALIK KAT MAMAK TU....BSH TU APA PULAK....BERSIH SUCI HAA....CAKAP TAK SEROPA BIKIN .....
Setakat boleh gelak jer ler, bajet taik minyak
Bajet aota itu rakyat masih tak lena nyenyak
Dulu negara nak bankrap depa ni dok lanyak
Bila tiba bajet, dgn tetiba jer duit jadi banyak
Bajet tu, hanya indah pada ucap
Puak ni kencing dah kerap acap
Penoreh masih lagii hirup kicap
Syok kejap jer serupa melancap
BELANJAUAN YG DITELENTANGKAN OLEH MUNTRI KEAWANGAN ITU MENGGUNAKAN DUIT DARI KANTUNG KERAJAAN BN YG BANYAK DITINGGALKAN. DIYAKINI DUA TIGA TAHUN LAGI HABISLAH DUIT ITU. MAKA AKAN DIPERKENALKAN SEMULA GST NAMUN DGN KADAR YG LEBIH RENDAH DRP KERAJAAN NAJIB SEBELUM INI, IAITU 5.99%.
NAH, SEKALI LAGI & SELAMA-LAMANYA RAKYAT AKAN DIKENCINGKAN. MANA DIA KERA JAAN YG BERKEBAJIKAN??? SEMUA AUTA & HAMPEH
Bang non pun dah lupa pasal masyarakat madani. Biarkanla biarla belang sebenar diorabg kluar satu per satu
This actually answered my downside, thanks! casino online
Post a Comment