Sunday, September 9, 2018

Datuk Seri @NajibRazak jelaskan fungsi Presiden UMNO & Wang parti


Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik dari ahli perniagaan, individu, NGO  dan korporat.

Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihanraya.



Semua hak ini ada ditulis di dalam perlembagaan UMNO dan ialah satu kelaziman sejak zaman Tun Mahathir Mohamad. 

Ada satu klip video tular yang merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 September 2015 selepas beliau digantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri bahawa beliau sendiri tidak mempersoal amalan dana khas presiden kerana ini ialah kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dulu lagi.

Tun Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa dia menyerah sebanyak RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada Tun Abdullah Badawi apabila Pak Lah mengambil alih jawatan presiden parti dari Tun Mahathir.

Walaupun saya pernah sarankan untuk mewujudkan satu akta sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan pada masa itu, justeru sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini.

Pada masa pilihanraya umum, kebanyakan sumbangan dari ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan juga diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Semasa Tun Mahathir membina Pejabat Perdana Menteri dan Seri Perdana, beliau turut membina bilik kebal dan peti besi di kedua-dua tempat.

Inilah tempat di mana wang tunai yang diterima disimpan untuk tujuan kegunaan operasi politik dan pilihanraya termasuk bayaran bil selepas pilihanraya dan operasi cawangan-cawangan parti.

Selepas BN kalah tidak terjangka dalam pilihanraya lalu, wang tunai yang dikumpul ini telah dipindahkan oleh pegawai-pegawai kepada satu pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementera.

Saya juga difahamkan baru-baru ini bahawa ketika wang ini di dalam permindahan, ada beberapa pegawai-pegawai yang ditugaskan telah mengambil RM3.5 juta untuk diri sendiri dan mereka telah ditahan oleh SPRM.

Sebelum kita sempat membuat keputusan bagaimana untuk mengendalikan wang tunai ini dan sementera menunggu keputusan pemilihan parti siapa akan mengambil alih jawatan presiden, pangsapuri Kuala Lumpur ini telah diserbu oleh PDRM dan wang tunai ini telah disita.

Tun Mahathir tahu tentang kewujudan wang tunai parti yang banyak di pejabat Perdana Menteri pada masa pilihanraya kerana beliau juga melakukan begini semasa beliau presiden UMNO dan Perdana Menteri.

PDRM juga tahu tentang wang ini ada di Pavilion kerana permindahan wang ini daripada Pejabat Perdana Menteri oleh pegawai-pegawai bukanlah satu rahsia.

Wang ini ialah wang parti. Oleh itu, UMNO telah menyediakan barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa untuk menuntut kembali wang ini.

Memang tiada wang tunai begitu banyak di simpan dalam pangsapuri Pavilion ataupun rumah saya sebelum pilihanraya dan wang tunai yang disimpan dalam Pejabat Perdana Menteri juga tidak begitu banyak pada masa bukan pilihanraya.

Mengapa pula ada matawang dari 27 buah negara?

Selain dari pangsapuri Pavilion, PDRM juga menyerbu rumah dua anak saya yang berdekatan dan kediaman peribadi saya di Jalan Duta. Setiap sen dan setiap helai wang kertas sama ada dalam matawang tempatan atau asing telah dirampas.

Sesiapa yang sering melawat dan bertugas di luar negara, tentu ada baki wang matawang asing yang belum diguna di dalam kediaman mereka. Saya dan keluarga saya tidak berbeza.

Oleh itu  sebahagian besar wang yang disita ialah dalam matawang Ringgit (termasuk ada satu jumlah ialah dalam wang Singapura kerana satu penyumbang tertentu memilih untuk menderma dalam bentuk ini). Yang dalam matawang asing merupakan jumlah yang kecil.

Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana walaupun banyak usaha dan rundingan telah dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu kembalikan wang ini kepada parti.

Ia telah melangkaui tempoh 3 bulan mengikut undang-undang untuk dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita.

Saya juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sitaan barang kemas dan beg tangan yang menjadi topik perbualan ramai.

7 comments:

  1. ATOK 93...TATAK INGAT....CAKAP PUN SEKARANG ADA SUARA MENGGELETAR.....BATERI DAH KURANG POWER KOT!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa Nama10 September 2018 3:04 PTG
      Ya Allah berikah kami petunjuk agar kami dapat menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini insyaAllah.

      Balas

      Tanpa Nama10 September 2018 3:53 PTG
      Bagi ahli UMNO saya berpendapat kawasan mana2 sahaja yang PAS menang adalah juga kemenangan kepada Islam dan Melayu, saya berpendapat hanya orang kurang senang dengan kerjasama yang di tunjukkan oleh PAS dan UMNO sahaja yang suka mem beza2kan a prestasi antara UMNO dan PAS. Mereka sebenarnya lebih suka UMNO dan PAS berselisih faham supaya pertandingan 3 penjuru di adadakan dan mereka dapat meraih keuntungan politik.

      Bayangkan jika ada kawasan yang penyokong PH ada 12,000, penyokong PAS ada 11,000 dan penyokong UMNO ada 10,000 dan pertandingan 3 penjuru di adakan agak2 siapa yang menang??? Dan kalau dua penjuru PH lawan PAS atau UMNO agak2 siapa yang menang??

      Delete
  2. KALAU BOLEH ATOK SI TUA RENTA...NAKKAN SI JEMIN JAMBAN JADI PIEM KE 8....BANG NON KENA BUAT SOLAT HAJAT BANYAK2....HE..HE...

    ReplyDelete
  3. Cuba kita kalau tak suka pun tak perlu guna kata yg kurang elok pada org tua. Saya berpandangankita hormat atas kerana umur nya. Kata saja ape tak setuju. Cuba lihat DS Najib. Walaudia tak suka atau tak setuju kan dia kiranya lbh tahu . Tapi tiada maki hamun. Maaf sekadar pandangan. HIDU MELAYU.

    ReplyDelete
  4. saya berharap anggota-anggota polis yg ditugaskan suapaya bersikap adillah, berintegriti, patuhilah undang-undang, jangan pula nanti ada anggota yg bertindak ikut akal sendiri dan jangan oleh sebab segelintir anggota boleh mencemarkan nama baik PDRM.

    ReplyDelete
  5. MAMAK MATDEY MAHAFIRAUN ....LAKNATTULLAH!!!!!

    ReplyDelete
  6. ‘Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan’
    September 9, 2018 rhg


    Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Peguam Negara Tommy Thomas berhubung keputusannya dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

    Dalam kes itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwa menarik diri atas sebab tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara.

    Beliau kemudian melantik bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya.



    “Ini mata pertama oleh Thomas. Tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugasnya, sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan.

    “Atau, apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan? Kes ini tentunya bukan untuk sesiapa yang baru mahu belajar tentang pendakwaan,” katanya dalam satu artikel panjang di blognya hari ini.

    Dalam artikel itu, beliau memberikan pandangannya berkenaan tempoh tiga bulan Thomas menjadi peguam negara.



    Hamid berkata Thomas diberi lapan bulan untuk menyediakan kes itu, jauh berbeza dengan pendakwa raya biasa yang ada kala diberi tempoh tidak sampai sebulan.

    ‘Peluang yang terlepas’

    Katanya, langkah Thomas itu membuktikan pandanganya bahawa peguam persendirian – walaupun cukup ternama – tiada pengalaman dalam mengendalikan pendakwaan atau kertas siasatan.

    Sebab itulah peguam negara perlu dilantik di kalangan perkhidmatan perundangan dan kehakiman, katanya.

    “Apa-apa pun dia terlepas peluang untuk membuktikan dirinya sebagai pendakwa yang bagus dalam satu kes paling kontroversi dan penting dalam sejarah perundangan Malaysia yang akan dikenang untuk satu tempoh yang panjang.

    “Semoga dia tidak akan dikenang sebagai peguam negara yang takut sehingga mengelak daripada mendakwa bekas perdana menteri,” katanya lagi.

    Hamid juga mengkritik keputusan Thomas yang melantik bekas Hakim Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.

    Ia bermakna, katanya lagi, Sri Ram bertindak untuk menasihati Thomas sama ada wujud kes prima facie terhadap Najib.

    Katanya, sangat janggal untuk seorang peguam negara membuat keputusan berdasarkan pandangan orang lain, bukan meneliti sendiri bukti yang ada.

    “Dalam kes sepenting itu, orang menjangka peguam negara sendiri akan meneliti kertas sisatan – dengan bantuan pegawai – dan membuat sendiri keputusan.”

    Paling tidak pun, Hamid berkata tentunya ada pegawai berpengalaman di pejabat peguam negara yang boleh diharapkan – berbanding mengambil peguam luar yang tidak pernah melihat kertas siasatan sepanjang kerjayanya.

    ‘Menjejaskan moral’

    Hamid berkata memandangkan Thomas sendiri tidak meneliti kertas siasatan untuk kes berkaitan 1MDB, kemungkinan besar beliau juga tidak akan mengetuai pendakwaannya.

    “Dengan melantik Sulaiman dan Sri Ram sebagai pendakwa, Thomas telah menjejaskan seluruh bahagian pendakwaan dan rayuan pejabat peguam negara, dan malah seluruh jabatan itu.

    “Seolah-olah tiada tidak yakin terhadap pegawainya yang telah bertugas selama berdekad. Seolah-olah mereka tidak cekap,” katanya.

    Turut disentuh Hamid adalah beberapa kes lain, termasuk kepal pesiar mewah Equanimity, kes kerajaan Sarawak dengan Petronas dan pembatalan dakwaan terhadap anggota parlimen dan penyokong Pakatan Harapan.

    Setakat ini, Thomas lebih dikenali dengan apa yang tidak dilakukannya, bukan apa yang telah dia lakukan,” katanya, sambil menambah Thomas berjaya memujuk tiga anggota Majlis Peguam untuk bekerja dengannya tanpa bayaran.

    “Kita hanya boleh berterima kasih kepada peguam-peguam ini atas pengorbanan mereka. Apakah mereka akan melakukan perkara sama jika yang tertuduh adalah menteri kerajaan HARAPAN?” soalnya.

    Mkini

    ReplyDelete