Monday, September 10, 2018

Analisa ringkas PRK Seri Setia & Balakong


Keputusan PRK Seri Setia dan Balakong telah diduga. Undi kaum Cina tetap berpihak kpd PH. 

Mengapa mereka tetap mengundi PH walaupun 1001 janji tidak tertunai yg telah PH lakukan. Jawabnya mudah sahaja, janji-janji yg dimungkiri itu tidak menjejaskan langsung kehidupan mereka malahan mereka mendapat untung yg lebih seperti pemansuhan GST tetapi digantikan dgn SST yg memudahkan mereka "mencuri" keuntungan tanpa perlu membayar cukai. Pemansuhan bantuan nelayan, petani, peneroka dan pemansuhan elaun RELA juga tiada kaitan dgn mereka. 



Kejatuhan harga sawit dan getah juga bukan masalah mereka. Kejatuhan nilai ringgit juga tidak mereka pedulikan kerana harga jualan boleh mereka serapkan kpd pembeli atau pengguna akhir, ura2 pemansuhan pencen juga bukan melibatkan kaum mereka kerana kita sedia maklum kaum Melayu majoriti yg berpencen itu. Pemberhentian kakitangan kerajaan juga majoritinya Melayu.

Pemansuhan BR1M juga bukan mereka majoriti penerimanya. Banyak 'flip flop' janji2 PH hanya terkesan kpd majoriti orang Melayu sahaja, jadi kaum Cina tidak peduli dengan janji2 palsu PH. Malahan mereka telah dan kekal mendapat faedah yg lebih menguntungkan kaum mereka dan yg lebih mereka pertahankan ialah apabila KUASA MENENTUKAN DASAR DAN KEPUTUSAN NEGARA TELAH BERADA DI TANGAN MEREKA dan semua kuasa itu telah diserahkan oleh bangsa MELAYU sendiri.

Jadi jgn harap sokongan mereka akan kembali seperti MALAYA baru2 MERDEKA dahulu. KUASA ini hanya akan kembali ke pangkuan ANAK PRIBUMI dgn satu cara sahaja... MELAYU HARUS BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT!

Wallahu a'lam. Terima kasih. Wassalam.

7 comments:

  1. Dan yg paling utama, bila kuasa dah ditangan mereka, undang2 bawah tapak kaki mereka juga. Jika menteri yg ada kes rasuah pun boleh gugur kes, makin seronok la mereka merasuah menteri utk project2. Kalau kes kongsi gelap devan yg ada kes bunuh rompak dan culik pun boleh dipinda kes utk hukuman ringan, apatah kes kes2 kesalahan sederhana dan kecil. Senang2 je diorg kowtim.
    Inilah malaysia baru yg kaum ni nak ubah, utk kepentingan kaum mereka jer..

    ReplyDelete
  2. ANAK LIM KIT SIAL....ENG...ENG....DOK KATA....JANGAN HARAPLAH DUIT PERCUMA.....RAKYAT KENA BERKORBAN...KAH...KAH...KAH....PADAN MUKA......

    P/S- MAMAK MATDEY....SILA BUKA SEMULA TABUNG HAPRAK.....SAYANGI M'SIA HIK...HIK...

    ReplyDelete
  3. Betul Admin, puak ca ya nun alif ini tak kisah dengan bantuan kerajaan.... Sebab mereka lebih pentingkan bangsa mereka sendiri, mereka sanggup bekurban apa saja untuk kepentingan bangsa.... Tidak macam orang kita harga mahal 10 sen pun TAK pergi kedai Melayu. Katanya Melayu nak untung banyak.... Pada hal peniaga Melayu mungkin membeli dalam kuantiti yang kecil so harga jadi mahal sikit.

    Ok Admin, mulai sekarang kita perlu berazam untuk memajukan bangsa kita sendiri termasuk berurusan dan membeli barangan dari peniaga Melayu, servis kereta ke motor misti bangsa sendiri diutamakan.

    ReplyDelete
  4. Apa itu kisah “The Equanimity?”



    Jom saya terangkan dalam bahasa kampung jer. Supaya semua rakyat pelbagai peringkat faham.

    BAB 1
    The EQUAMINITY adalah sebuah kapal mewah yang disita secara tidak sah oleh kerajaan Indonesia. Namun apabila peguam2 empunya kapal tersebut iaitu EQUAMINITY (Cayman) Ltd. membantah penyitaan tersebut sebagai tidak sah dan ianya tiada kaitan dengan 1MDB , maka Mahkamah Daerah Jakarta Selatan Indonesia, melepaskan penyitaan atas alasan kukuh ianya memang tiada kaitan dengan 1MDB, faham tak setakat ini? πŸ€”.

    Namun usaha gigih KERAjaan Puunah Harapan cuba mengaitkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Jho Low dan dibeli dengan wang 1MDB. Maka bertungkus lumus lah para pemimpin dan mahamacai Puunah Harapan mencipta reka cerita fitnah tanpa fakta agar rakyat yang kelas bangang percaya bahawa ianya milik Jho Low dan dibeli dengan wang 1MDB. Bukan setakat itu sahaja, usaha keras mahacai pemfitnah tersebut untuk mengaitkan Jho Low dengan DS Najib.

    BAB 2
    Bertahun-tahun lamanya mereka berusaha dan cuba kaitkan Jho Low dengan DS Najib. Yang kelakarnya ayahnda Jho Low adalah kroni rapat kepada PM ke 4 dan PM ke 7. Ayahnda kepada Jho Low telah mengumpul kekayaan sejak zaman PM ke 4 lagi.

    Faham tak setakat ini? πŸ˜…πŸ˜…

    BAB 3
    Persoalannya Bagaimana kapal mewah THE EQUAMINITY boleh dibawa ke Malaysia oleh PM ke 7? Sedangkan ianya telah diisytihar oleh Mahkamah Selatan Jakarta bahawa kapal tersebut adalah kepunyaan sebuah syarikat luar negara iaitu EQUAMUNITY (Cayman) Ltd dan tidak ada kena mengena dengan 1MDB. Penjelasan paling logik adalah jika PM ke 7 adalah pemilik syarikat EQUAMUNITY (Cayman) Ltd.

    BAB 4
    Persoalan seterusnya Mengapa pula setelah dibawa ke Malaysia baharu hendak siasat siapa Tuanpunya kapal ni? Kalau tidak tahu Tuanpunya kapal ni, mengapa pulak di bawa ke Malaysia? Kenapa tak bawa ke United Nation ke? Bermakna reka cerita yang mengatakan ianya kepunyaan Jho Low yang dibeli dengan wang 1MDB adalah fitnah semata-mata ke?

    Kenapa nak siasat sampai 6-9 bulan hanya untuk nak tahu empunya kapal?
    Yg ni lagi pelik erkπŸ€”. Dalam dunia berteknologi tinggi yg mana capaian data hanya dihujung jari, perlukah 6-9 bulan?

    BAB 5
    Apakah harta yg disita oleh kerajaan, menjadi tanggungjawab kerajaan menangung kos selenggaraan. Tak logikkan? Adakah kereta anda yang disita oleh JPJ atau PDRM ditanggung kos selenggarannya oleh kerajaan? Adakah kapal ini perlu diselenggara? Siapa yang nak gunakannya? Setahu saya telah banyak kapal yang disita oleh kerajaan dan ianya menjadi besi buruk di dockyard di mana ia di simpan.

    Terlalu banyak misteri yang disorokkan oleh KERA jaan Puunah Harapan😏 yang telus mulus tentang EQUAMINITY

    Dah faham? 🀣. Tepuk lahπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    Kapt Azizan Adam (B)


    : Sebenarnya Mahathir nak jadikan kapal ini macam "TILAM" Anwar untuk Najib dalam pembicaraan nanti....

    ReplyDelete
  5. Pasca kes LGE, di mana nilai kes Khir Toyo?
    September 10, 2018 rhg


    Ab Jalil Backer

    PEJABAT Peguam Negara boleh memberi apa sahaja alasan dan justifikasi pengguguran kes rasuah Menteri Kewangan Lim Guan Eng (LGE) minggu lepas. Hakikatnya kes tersebut tidak mungkin digugurkan jika pejabat Peguam Negara tidak diketuai oleh bekas peguam beliau Tommy Thomas.

    Semua orang bercakap mengenai persamaan kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan Lim Guan Eng. Terdapat juga komen-komen mereka yang tidak mengikuti kes Mohamad Khir dengan terperinci cuba menyatakan ada perbezaan kepada inti pertuduhan yang menyebabkan Dr Khir didapati bersalah dan Lim Guan Eng dibebaskan.



    Oleh kerana kedua-dua kes sudah habis perbicaraan maka orang awam bebas menulis dan mengulas tanpa berhadapan kemungkinan disabitkan pertuduhan menghina mahkamah.

    Sebagai orang yang meneliti perjalanan kes Dr Khir dengan terperinci dan juga kes Lim Guan Eng, saya berani menyatakan Lim Guan Eng akan didapati bersalah jika kes tersebut diteruskan. Atas sebab itu, pejabat Peguam Negara tiada pilihan kecuali menarik semula pertuduhan di tengah perbicaraan.

    Jika benar kes ini lemah seperti dakwaan pihak pendakwa, mereka boleh sahaja meneruskan perbicaraan dan membiarkan mahkamah membebaskan Lim Guan Eng. Ini akan menyelamatkan integriti dan imej kerajaan hari ini.



    Hakikatnya kes Lim Guan Eng lebih kuat dan kukuh dari kes Dr Mohamad Khir Toyo. Kedua-dua mereka didakwa di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan.

    Dalam kes Pendakwaraya lawan Dr Mohamad Khir Toyo, mahkamah memutuskan beliau bersalah kerana membeli barangan dengan balasan tidak setimpal dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengannya.

    Menurut Yang Arif Datuk Wira Mokhtarudin Baki dalam penghakiman ke atas Mohamad Khir, Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah atau suapan. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

    Dalam kes ini Mohamad Khir dituduh mendapat satu barangan berharga bagi dirinya dan isteri dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, yang beliau ketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya, pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

    Khir dalam pembelaannya mendakwa beliau membeli sebuah rumah yang terbengkalai dan mengikut penilaian daripada penilai hartanah yang berlesen dan menggunakan pinjaman bank HSBC pada tarikh pembelian.

    ReplyDelete


  6. Dalam masa sama Shamsuddin tidak pernah dibuktikan dalam mahkamah mendapat apa-apa keistimewaan daripada pentadbiran Mohamad Khir ketika proses pembelian rumah tersebut berlaku. Malah surat sokongan Mohamad Khir ke atas syarikat Shamsuddin juga ditolak oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

    Manakala dalam kes Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja tahu harga rumah beliau lebih tinggi dari harga pasaran, malah penjual juga mendapat faedah daripada kerajaan negeri.

    Dalam kenyataan akhbar Lim pada awal pendakwaan, pembelian banglo beliau yang berharga RM2.8 juta adalah berdasarkan “willing seller, willing buyer”. Ini alasan yang sama dengan pembelaan Mohamad Khir Toyo.

    Menurut Lim, “Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual. Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan.”

    Beban pembuktian melalui seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh mengetahui beliau telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertutuduh sebagai penjawat awam.

    Dalam kes Khir beliau telah membeli rumah terbengkalai mengikut penilaian daripada Penilai Hartanah Rahim and Co daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd.

    Namun beliau didapati bersalah kerana mahkamah berpendapat bahawa beliau mengetahui balasan tersebut tidak mencukupi kerana beliau tahu harga asal rumah tersebut yang dibeli Ditamas ialah RM6.5 juta.

    Mahkamah langsung tidak mengambil kira hakikat rumah tersebut sudah runtuh dan separuh siap ketika dijual kepada Khir. Mahkamah Persekutuan menerima hujahan bahawa tertuduh telah melakukan transaksi pembelian hartanah dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dan balasannya tidak mencukupi.

    Orang dalam kes ini, Shamsudin Haryoni, merupakan salah seorang pemilik saham syarikat Ditamas. Shamsuddin juga merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan negeri Selangor.

    Elemen kedua dalam Perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan berlakunya unsur rasuah bukan perkara utama dalam pertuduhan di bawah Perkara 165 ini.

    Dalam kes Lim Guan Eng hari ini, beliau dengan jelas mengakui mengetahui pembelian hartanah tersebut jauh lebih rendah dari harga pasaran.

    Jika Mohamad Khir yang membeli hartanah tersebut mengikut harga pasaran oleh penilai hartanah yag diiktiraf tetapi masih didapati bersalah mustahil Lim Guang Eng boleh melepaskan diri dari hukuman apabila secara terang-terangan mengakui beliau tahu harga rumah beliau di bawah harga pasaran.

    Dalam kes Lim Guan Eng pemilik rumah tersebut juga merupakan salah seorang pemilik saham sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang.

    Kes Lim Guan Eng lebih kuat berbanding dengan kes Khir Toyo kerana syarikat terbabit bukan sahaja mendapat tanah dengan harga yang agak meragukan, tetapi juga Kerajaan Negeri dikatakan telah menukar status tanah tersebut dari tujuan untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada pembangunan komersial.

    Oleh kerana keputusan kes Dr Khir Toyo telah sampai ke Mahkamah Persekutuan ia telah menjadi satu “precedent case” yang tidak boleh ditolak oleh mahkamah yang lebih rendah, maka mustahil Lim Guan Eng akan dibebaskan jika perbicaraan diteruskan.

    Soalnya setelah Lim Guan Eng dibebaskan, apakah pejabat Peguam Negara ada keberanian melakukan semakan semula kes Mohamad Khir dan memberi keadilan kepada beliau?

    * Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)

    ReplyDelete
  7. Apa boleh buat..97% cina....20% melayu suka eguana eng di bebas kan..pru 15 esok..berkubur laa..seri setia dh nampak..semua kembali ke asal..majoriti kembali mcn sebelum pru 14..
    Ptru 15..mana2 kerusi dulu bn..inshaAllah mcm sirih pulang ke gagang

    ReplyDelete