Tiga hari lagi sebelum hari pengundian. 72 jam lagi sebelum rakyat Malaysia memilih. Ketika waktu makin suntuk ini, DAP nampaknya makin terdesak kerana tsunami Melayu yang diramalkan tidak menjadi.
Terdesak sangat sudah DAP, hingga sanggup heret Mahathir ke kubur arwah Fadzil Noor untuk raih undi. Terdesak sangat hingga heret anak Nik Aziz ke sana sini untuk pancing undi Melayu.
Mengheret Mahathir ke kubur dan mengusung Nik Omar (anak Nik Aziz) ke sana sini tidak menghalalkan orang Islam untuk undi DAP. Tidak mencuci pun dosa DAP pada orang Melayu dan Islam.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman pernah menjelaskan sebelum ini bahawa DAP tergolong dalam kategori kafir harbi dan wajar ditentang. Manakala Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin menyatakan adalah haram bagi umat Islam menyokong atau mengundi parti yang menolak hukum Islam dan mengamalkan prinsip anti-Islam.
7 Ogos 2012, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Tok Guru Abdullah Sa'amah menegaskan adalah 'Haram, berdosa undi DAP' kerana DAP secara secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Dengar ini apa Mahathir sebut kalau DAP yang menguasai kerajaan Malaysia. Semua orang DAP akan kuasai kementerian dan agensi kerajaan. Lihat video ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1751840841577531&id=1122306847864270
Mahathir yang kata DAP ini dulu parti chauvinis, Kit Siang adalah nombor 1 rasis dan DAP adalah parti perkauman. Kini Mahathir sudah bertukar, lupa dah siapa DAP yang dia kata dulu. Betullah apa Rafizi kata pada Mahathir dulu, "Mahathir ini lidah bercabang".
Lim Kit Siang yang juga penasihat DAP pernah berkata, Mahathir manusia yang rasis. Kini mereka duduk semeja kerana hendak tumbangkan BN dan kerajaan Islam di Putrajaya.
Secara terangan, Nga Kor Ming mempersenda umat Islam semasa hari raya tahun 2016 dengan mengatakan pemberian duit raya sebagai rasuah. Kenapa DAP hendak hina umat Islam sedangkan pemberian duit raya sudah menjadi adat turun temurun masyarakat Melayu di negara ini.
Suatu ketika dahulu tahun 2008, Teresa Kok merupakan ahli parlimen Seputeh dari DAP yang telah membantah papan tanda tulisan jawi di ibu negara.
Hew Kuan Yau antara aktivis 'Superman DAP' pernah berkata tahun 2016 Aziz adalah skrew bagi orang Melayu yang dipergunakan DAP. Hew juga pernah berkata dalam ceramah dia pada tahun 2017, bahawa orang Melayu bodoh dan telah dipukau UMNO, sedangkan pada hakikatnya DAP lah yang mempergunakan Aziz untuk memukau orang Melayu.
Terbaru Nga Kor Ming sanggup berdoa agar Mahathir tidak mampus lagi untuk perkudakan sebagai umpan undi Melayu. Nga Kor Ming siap cakap lagi selepas PRU14, mungkin boleh cakap "bye bye" pada Mahathir. Lihat video ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1754553711306244&id=1122306847864270
Hati hati dengan DAP, mufti dan ahli agama sudah pesan. Ustaz Kazim Elias pun berkali kali pesan bahayanya menukar kerajaan yang sedia ada. Memang DAP bahaya dan musuh kepada umat Islam.
Orang Melayu dan Islam perlu #BersamaBN #HebatkanNegaraku. Tolak DAP, musuh Islam da musuh orang Melayu.
No comments:
Post a Comment