KL CHRONICLE: PRU14: Tsunami Melayu Tidak Akan Berlaku #kltu #jbtu #KN #KekalNajib

Tuesday, April 3, 2018

PRU14: Tsunami Melayu Tidak Akan Berlaku #kltu #jbtu #KN #KekalNajib


Beberapa akhbar berbahasa Cina pada masa ini mendakwa `tsunami Melayu' akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Dakwaan itu dibuat kononnya orang Melayu akan beralih sokongan daripada menyokong Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

Isu tsunami Melayu ini tidak akan berlaku kerana hanya media-media Cina ini yang memainkannya. Sebaliknya tsunami Cina yang diramal berlaku di mana orang Cina akan kembali semula kepada BN.



Ini kerana PH gagal dalam mentadbir negara walaupun sudah diberikan mandat di Pulau Pinang dan Selangor.

Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP, masalah banjir di negeri itu tidak mampu diselesaikan. Bukan sahaja banjir, tanah runtuh juga berlaku.

Manakala ketua menterinya, Lim Guan Eng kini dihimpit dengan skandal terowong dan beliau sendiri berdepan dengan dua tuduhan rasuah di mahkamah, sekali gus slogan `cekap, telus dan amanah' atau CAT  telah dibakulsampahkan oleh Guan Eng sendiri.

Bukan itu sahaja, kaum Cina juga beralih sokongan kepada BN kerana pelantikan Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH. 

Dengan usia 93 tahun, mampukah beliau untuk mentadbir semula negara dan persoalan mengenai tahap kebolehan dan kemampuannya kini diragui ramai.

Malah akar umbi dalam DAP sendiri tidak senang dengan penerimaan parti itu terhadap Mahathir namun mereka mendiamkan diri tapi itu akan ditunjukkan pada PRU nanti. Akar umbi dalam DAP ini tidak pernah menyukai Mahathir.

Bukan itu sahaja, ura-ura bahawa Mahathir akan menggunakan logo DAP pada PRU nanti akibat masalah pendaftaran PPBM yang masih belum selesai juga tidak dipersetujui oleh ahli-ahli DAP.

Malah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam satu laporan Utusan Online pada 24 Februari lepas menyatakan bahawa Mahathir tahu akan kegagalan PPBM itu. 

“PPBM adalah sebuah parti yang gagal, Dr. Mahathir hanya mencari sebab dan punca untuk menga­baikan parti yang diasaskannya untuk melompat kepada DAP.

“Dr. Mahathir telah mempunyai alasan yang kukuh untuk bertanding di bawah tiket DAP dan dia pastinya akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menjadi punca kepada tindakannya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pembangkang sudah gagal memenangi pengundi Cina, jadi mereka cuba meyakinkan kaum Cina bahawa tidak lama lagi akan berlaku tsunami Melayu yang menyokong PH, semata-mata kerana mahu mengekalkan undi kaum Cina.

Kebimbangan semakin terserlah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program untuk kaum Cina termasuk menerusi skim MCE. Ia diharap dapat memberi manfaat kepada usahawan muda Cina berusia antara 18 hingga 45 tahun dalam bidang keusahawanan. 

"Tidak ada sesiapa yang ditinggalkan. MCE harus mudah diakses oleh kaum Cina yang mahu turut serta ke arah menjayakan transformasi digital.

"Maka, saya meminta belia Cina dan PKS merebut peluang keemasan ini bagi membolehkan transformasi digital anda berjaya dan berperanan penting menjadikan Transformasi Nasional 2050 (TN50) kenyataan," katanya ketika berucap melancarkan MCE di Seri Kembangan.

Jika dibandingkan Mahathir dan Najib, Mahathir boleh bawa pembangunan tetapi hati beliau tidak dekat dengan rakyat. Najib boleh menguruskan kerajaan, ekonomi dan bawa pembangunan serta mempunyai sentuhan istimewa dengan rakyat.

Mahathir mahu menakutkan bangsa Cina kerana beliau memerlukan undi dari orang Cina untuk membawa PH menang PRU14. Itu yang cuba dilakukan jadi jangan terpedaya dengan taktik yang cuba dimainkan Mahathir dan sekutunya itu.

1 comment:

Anonymous said...

Sy undi BN Pru14

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget