KL CHRONICLE: Netizen bidas idea Dr. Mahathir mahu kaji semula Grab jika PH berkuasa #kltu #jbtu #SPAD

Monday, April 30, 2018

Netizen bidas idea Dr. Mahathir mahu kaji semula Grab jika PH berkuasa #kltu #jbtu #SPAD


Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Dr. Mahathir Mohamad hari ini telah mengejutkan rakyat Malaysia, terutamanya di bandar - bandar utama sekitar negara ini selepas beliau mengumumkan bahawa jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, PH akan mengkaji semula perkhidmatan e-hailing seperti Grab. Kenyataan tidak bertanggungjawab ini dibuat dalam cubaan untuk meraih sokongan daripada kalangan pemandu teksi.



Bagi kami di #KLChronicle, adalah amat malang sekali bagi rakyat di Malaysia jika Grab "dikaji" semula perkhidmatanya kerana Grab secara dasarnya membantu kedua - dua pihak iaitu pemandu dan juga pengguna. Ini kerana, Grab memberi peluang kepada pemandu mendapatkan pendapatan yang lebih dalam membantu mereka (pemandu) menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa. 

Selain itu, Grab juga menjadikan pengangkutan awam menjadi semakin murah dan "affordable" sekaligus ianya juga membantu rakyat. Bukankah ini menjadikan Grab satu perkhidmatan yang baik dan harus dikekalkan? Malah SPAD juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan Akta - Akta serta Undang - Undang bagi memastikan keselamatan pengguna serta pemandu dijamin. 

Persoalanya sekarang, adakah pembaca setuju Grab dikaji semula seperti yang dicadangkan oleh Dr. Mahathir? 

2 comments:

Anonymous said...

Puuiii..
Gebang lebih..
Grab 8km = rm18
Teksi 8km =rm 30..klu call yg biasa..yg jujur..dapat la rm25..
Uber 8km = rm 16...akai mana bai.akai..
Drebar teksi klu boleh..satu trip..balik tido dh..prnah sekali sy bagi no center kt costomer..warga emas dgn kaqan dia dr sarawak.nk call uber..fone pekak.sy bagi no center.dr lokasi ke hentian 20km.terun kn kawan dia..dr hentian ke klia2.tital rm200.pakcik tu dr pengamatan sy tk berapa pandai..terdesak plk nk kejar flight.kalau ambil bas la atau uber..dlm lingkungan rm120..minyak tol rm50...upah rm70..itu pn dh kira tinggi dr angaran sebenar...lagi teksi cas rm200..puuuii..

Anonymous said...

Tu la saya respek habis atuk ni.....wawasan dia cukup sempurna...memang atuk ni tak mahu rakyat Malaysia susah....aatuk ni nak hapuskan grap dan dia nak gantikan dengan grab kapal terbang..macam dia la....atuk..atuk..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget