KL CHRONICLE: SPAD jamin hak pengguna dan pemandu tetap menjadi keutamaan #Grab #Uber #DemiRakyat #KekalNajib

Wednesday, March 28, 2018

SPAD jamin hak pengguna dan pemandu tetap menjadi keutamaan #Grab #Uber #DemiRakyat #KekalNajib


Umum ketahui bahawa baru - baru ini, Gran telah membeli syarikat Uber dimana Grab kini monopoli perkhidmatan e-hailing di seluruh Asia Tenggara. Apabila keadaan ini berlaku, sudah ianya membangkitkan kegusaran pelbagai pihak terutamanya pengguna dan pemandu teksi. Sebelum ini, kami di #KLChronicle telah menulis tentang pendapat kami dari aspek pengguna, tetapi kali ini kami ingin fokus pula kepada aspek pemandu bila Grab menjadi monopoli. 



Pertama sekali, kami tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SPAD iaitu:
SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi konvensional
Kenyataan SPAD ini sangat baik bila mana SPAD memberikan komitmen yang teguh akan memastikan bahawa industri teksi dan e - hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil dibawah TITP. Key word disini adalah adil.  Ini sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa syarikat e - hailing ini akan "mengkuburkan' teksi konvensional. Secara dasarnya, kerajaan sedang berusaha memantapkan industri teksi konvensional.

Tetapi persoalan sekarang, dengan segala usaha yang dilakukan oleh pihak SPAD, adakah pembaca rasa industri teksi konvensional akan terus dapat bertahan dan bersaing dengan syarikat e - hailing? Bagi kami ianya possible jika pemandu pemandu syarikat teksi tukar attitude mereka dan terbuka menerima perubahan yang dibawa oleh SPAD dan kerajaan. Apa pendapat anda?

============================================================

HAK PENGGUNA DAN PEMANDU TETAP MENJADI KEUTAMAAN BAGI SPAD

KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara. Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka  perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan  medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.


Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil. Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi konvensional

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget