KL CHRONICLE: Kenapa Lim Guan Eng & Lim Kit Siang tidak hadir untuk berdebat dengan @weekasiongmp ? #Kltu #Jbtu #KitaOK

Friday, March 30, 2018

Kenapa Lim Guan Eng & Lim Kit Siang tidak hadir untuk berdebat dengan @weekasiongmp ? #Kltu #Jbtu #KitaOK

Lim Guan Eng & Lim Kit Siang tidak hadir di debat skandal terowong dasar laut Pulau Pinang
Sekarang sedang berlangsung satu ceramah yang melibatkan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong. Ceramah ini sedang diadakan di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong yang terletak di Kampung Paya, Butterworth. Lebih menarik lagi Ahli Parlimen di kawasan ini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Tajuk ceramah oleh Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong adalah berkaitan dengan skandal terowong RM 6.3 Billion kerajaan DAP Pulau Pinang.




Anehnya, walaupun jemputan sudah dikeluarkan lebih awal, langsung tidak nampak kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Secara logiknya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya datang berhadapan dengan Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong dan mempertahankan projek terowong RM 6.3 Billion ini sekaligus membuktikan kepada orang ramai bahawa dakwaan Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong bahawa terdapat salah urus tadbir serta kepincangan didalam projek ini dibuktikan tidak benar.

Malangnya, Lim Guan Eng tidak hadir untuk mempertahankan diri beliau malah mengeluarkan syarat yang bodoh pula supaya 
Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong bertanding di Parlimen Bagan dahulu baru Lim Guan Eng akan berdebat dengan beliau (Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong). Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu syarat yang bodoh, cetek akal dan menunjukkan sikap budak - budak Lim Guan Eng.

Ribuan orang hadir ke program ini, tapi Ketua Menteri "missing in action"
Skandal sekarang di Pulau Pinang. Ketua Menteri pula adalah Lim Guan Eng. Sepatutnya atas rasa tanggungjawab terhadap rakyat Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berdebat dengan Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong tentang perkara ini. Ini tidak, dia (LGE) beri pula syarat macam budak - budak. Jika inilah sikap Lim Guan Eng, memang terbukti bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang sombong dan bongkak. 


Apa salahnya beliau berdebat dengan Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong? Kita sebagai rakyat pun ada hak ingin tahu jawapan DAP kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong. Apa yang Lim Guan Eng takut sangat hendak jawab?

Bak pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana SALAH!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget