KL CHRONICLE: Selepas @WeeKaSiongMP, kini @LiowTiongLai pula bongkar penipuan Lim Guan Eng #kltu #jbtu #Penangtu

Monday, February 5, 2018

Selepas @WeeKaSiongMP, kini @LiowTiongLai pula bongkar penipuan Lim Guan Eng #kltu #jbtu #Penangtu

Gandingan Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong bakal kuburkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang
Sebentar tadi Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Presiden MCA, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan satu kenyataan dengan mendedahkan bahawa syarikat China Railway Construction Corporation (CRCC), sebuah syarikat gergasi dari China tidak pernah menjadi pemegang saham bagi syarikat tujuan khas (SPV) bagi projek terowong dasar laut di Pulau Pinang (PP) yang bernilai RM6.3 bilion.



Malah, perkara ini dimaklumkan oleh CRCC kepada Dato' Sri Liow Tiong Lai ketika lawatan  Dato' Sri Liow Tiong Lai ke Beijing, China baru - baru ini. Lebih mengejutkan juga, CRCC juga mengesahkan mereka hanya menandatangani surat "acknowledgment of commitment”. Dalam Bahasa Melayu, surat mengesahkan yang mereka komited didalam projek bernilai RM6.3 bilion ini jika dipilih menjadi kontraktor projek. Itu sahaja. 

Memetik kata - kata Dato' Sri Liow,
"CRCC tidak memberi kelulusan atau tidak tahu kenapa kerajaan Pulau Pinang menganggap syarikat ini sebagai pemegang saham bagi projek SPV ini.
"Syarikat itu berkata, mereka hanya menandatangani 'pengakuan komitmen' sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian projek itu, bahawa mereka akan melaksanakan projek itu dengan terbaik sekiranya diberi mana-mana bahagian projek oleh SPV,"
Bagi kami di #KLChronicle, pendedahan CRCC melalui Dato' Sri Liow Tiong Lai dengan jelas dan nyata bercanggah dengan kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini. Malah, amat memalukan bagi rakyat Malaysia apabila sebuah syarikat gergasi daripada China terpaksa "menegur" kita susulan terdapat penipuan dengan menggunakan nama mereka dalam satu projek melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang. 



Kami di #KLChronicle memang berharap supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan keras terhadap mana - mana pihak yang telah menyalahgunakan kuasa mereka dalam projek bernilai RM 6.3 billion ringgit ini. Beberapa jam tadi pula ada lagi satu pembongkaran dimana sebuah syarikat pemaju menjual kondominium mewah diatas tanah yang diberi kepada syarikat pemaju sebagai bayaran untuk membuat laporan feasibility.


Ini apa punya merapu kerajaan Pulau Pinang dibawah Lim Guan Eng? Suka - suka bagi tanah dan suka - suka bagi pemaju buat rumah mewah. Pulau Pinang ini milik rakyat atau pun milik syarikat pemaju? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget