KL CHRONICLE: @RafiziRamli jangan cuba auta rakyat Malaysia #kltu #jbtu #Penangtu #Negaraku #Malaysia

Thursday, February 8, 2018

@RafiziRamli jangan cuba auta rakyat Malaysia #kltu #jbtu #Penangtu #Negaraku #Malaysia


PERSEPSI PERTAMA yang cuba dibina selepas Rafizi Ramli dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan adalah beliau didakwa dan dijatuhkan hukuman kerana membongkar skandal NFC. 

Ramai di kalangan netizen dan orang awam  terpedaya dan terpengaruh. 



Hakikatnya, Rafizi Ramli tidak pernah membongkar apa-apa penyelewengan dan salahguna kuasa dalam isu NFC, samada dilakukan oleh pihak kerajaan, pemimpin atau pun Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

Membina persepsi yang tidak tepat dan sahih berdasarkan fakta juga merupakan suatu berita palsu dan fitnah yang sering dimainkan oleh golongan yang berkepentingan.  

Justeru itu, saya tidak berasa hairan sekiranya masih ada SEGELINTIR KECIL rakyat Malaysia yang menyanjung Rafizi dan menjulangnya sebagai hero dalam membongkar penyelewengan, rasuah dan seumpamanya. 

Berbeza dengan rakan-rakan Rafizi sendiri di dalam pimpinan Pakatan Harapan, tidak didapati seorang pun yang membelanya dan menganjurkan solidariti sebagai tanda simpati atau penghargaan. 

PERSEPSI menjulang seorang yang tidak amanah dan jujur terhadap data perbankan peribadi pihak lain sebagaimana yang dilakukan oleh Rafizi tidak mencerminkan akhlak seorang pemimpin berjiwa rakyat yang menepati mana-mana ajaran moral dan agama. 

BAHKAN, di dalam Islam sendiri ia boleh dikategorikan sebagai ZALIM, terhadap diri sendiri dan pihak lain.

Rafizi secara jelas dan nyata telah sabit kesalahan oleh mahkamah dan mendapat keadilan sewajarnya di dalam perbicaraan.

Sekiranya kita seringkali berhujah dengan pelbagai nas dan dalil agar tidak mengangkat individu yang zalim sebagai pemimpin, Rafizi adalah contoh yang terbaik pemimpin yang zalim. 

Selain dari itu adalah golongan yang sewaktu dengannya yang pernah dibuktikan zalim dan/atau disabitkan bersalah oleh mahkamah atas pelbagai kemunkaran dan kezaliman.  

Banyak contoh-contoh yang boleh diberikan, cukuplah saya nyatakan satu contoh selain kes Rafizi di atas di mana PUCUK PIMPINAN PKR TELAH DISAHKAN MEMFITNAH TAN SRI KHALID IBRAHIM HINGGA TERSINGKIR SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR DAN MEMINTA PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH. 

Moga menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia di dalam memilih pemimpin pada pilihanraya akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Dah salah hang patut dihukum, jangan dok buat sedih2 nak tarik simpati, padan muka hang wei!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget