KL CHRONICLE: Video @weekasiongmp terus dedah kepincangan projek terowong dasar laut P.Pinang #TolakPH #Negaraku #Malaysia #Kltu #jbtu

Thursday, January 25, 2018

Video @weekasiongmp terus dedah kepincangan projek terowong dasar laut P.Pinang #TolakPH #Negaraku #Malaysia #Kltu #jbtu


Sebentar tadi kami di #KLChronicle telah menerima satu video melalui WhatsApp yang menunjukkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong membongkar lagi kelemahan urus tadbir dan ketidak-cekapan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam projek mega terowong dasar laut dan tiga jalan utama. Didalam video tersebut, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong mengutarakan 5 persoalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng.




Bagi kami di #KLChronicle, kami amat terkejut sekali dengan isu yang dibawa oleh MCA dimana kerajaan DAP Pulau Pinang nampaknya langsung tidak menghormati undang - undang dan mengamalkan urus tadbir perniagaan yang baik. Selain itu, akibat "incompetency" kerajaan DAP Pulau Pinang, dua tanah tambak yang bernilai tinggi yang sepatutnya menjadi milik rakyat negeri Pulau Pinang diberi kepada syarikat pemaju sebagai bayaran bagi menjalankan projek ini. Adakah kerajaan negeri tidak cukup duit untuk bayar pemaju apabila projek ini siap?



Kembali kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong, kami juga amat terkejut apabila kerajaan DAP P.Pinang rupanya menipu dimana dalam satu keratan akhbar dari lidah rasmi kerajaan DAP P.Pinang Buletin Mutiara, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menyiarkan kenyataan akhbar tentang projek mega terowong bawah tanah Pulau Pinang. 



Dalam kenyataan tersebut, kerajaan DAP P. Pinang telah memaklumkan bahawa special purpose vehicle (SPV) yang akan menjalankan projek ini iaitu Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah dianggotai oleh dua syarikat gergasi dari China iaitu China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG).  Tiba  - tiba selepas siasatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong, dua - dua syarikat ini telah "hilang" dari SPV yang diberi kontrak. Mana pergi kedua syarikat gergasi dari China ini?

Lebih memalukan lagi, CRCC yang berpusat di China terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi dengan MENAFIKAN menjadi pemaju atau pemegang saham dalam SPV tersebut. Ini lagi teruk, syarikat China pun nampaknya telah kena "game" dengan kerajaan DAP P. Pinang dan Lim Guan Eng serta kerajaan negeri nampaknya telah "menggunakan" nama CRCC untuk "menjual" projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama.

Ini merupakan satu perbuatan yang sangat hina, keji, dan jijik yang dilakukan oleh kerajaan DAP P.Pinang. Persoalanya sekarang, adakah rakyat P. Pinang tidak malu mempunyai satu kerajaan negeri yang langsung tidak kompeten, tidak amanah serta tidak telus dalam menjalankan projek berskala besar seperti ini? Malah, tanah negeri juga kini sudah tergadai kepada pemaju dan menjadi milik pihak ketiga. 

Kepada Rafizi Ramli, Tony Pua dan sebagainya, kenapa anda diam dan membisu seribu bahasa berkaitan skandal multi billion dollar ini? 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget