KL CHRONICLE: @AnnuarMusa : Undang - undang penyebaran "Fake News" harus diperketatkan #Negaraku #Malaysia #kltu #jbtu

Monday, January 29, 2018

@AnnuarMusa : Undang - undang penyebaran "Fake News" harus diperketatkan #Negaraku #Malaysia #kltu #jbtu


Beberapa jam yang lalu, Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu  penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran berita  palsu melalui pelbagai platform media sosial diperketatkan. Ini bagi mengelak ia merosakkan sistem demokrasi serta ekonomi negara yang akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa akibat perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah individu.



Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Tan Sri Annuar Musa ini ada benarnya. Lihat sahaja apa yang terjadi semasa perang Iraq apabila pihak Amerika Syarikat telah mengeluarkan dan menyebarkan berita palsu bahawa Iraq mempunyai "weapons of mass destruction" (WMD) dan menyerang negara tersebut tetapi akhirnya terbukti berita tentang WMD ini tidak benar tapi ianya telah terlambat. Iraq telah hancur dibedil oleh pihak Amerika Syarikat. 

Kita sudah semestinya tidak mahu Malaysia juga menjadi mangsa kepada penyebaran "fake news' ini. Dari segi domestik, kita juga mempunyai beberapa pengalaman dalam isu "fake news" seperti fitnah Rafizi Ramli bahawa Tabung Haji akan bankrap sehingga menyebabkan pemilik akaun Tabung Haji mengeluarkan wang mereka namun akhirnya terbukti apa yang dikatakan oleh Rafizi Ramli ini hanya merupakan satu fitnah dan pembohongan semata - mata. Tetapi nasi sudah jadi bubur dan ahli Tabung Haji sudah terlepas giliran mereka untuk menunaikan ibadah haji.

Memetik lagi kata - kata Tan Sri Annuar Musa,

"Penyebaran berita palsu ini nampaknya menjadi modal bagi sesetengah pihak untuk merebut kuasa dengan cara tidak beretika. Mereka cuba mempengaruhi rakyat dengan berita tak betul.
"Ada juga penyebaran berita palsu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur dari luar, dengan mendakwa Malaysia (kononnya) akan bankrap dan sebagainya. Tindakan sebegini akan membunuh demokrasi," katanya.
"Saya jangkakan semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gejala ini akan terus meningkat termasuk kemungkinan ada rancangan (pihak tertentu) untuk menyebarkan berita palsu di saat-saat akhir hingga menyebabkan kita tiada masa untuk memperbetulkan fitnah dan memberi kelebihan kepada mereka," katanya.
Akhir sekali, siapa dapat juga "fake news" konon nya ada 40,000 orang Bangla yang telah mengundi pada PRU yang lepas dimana akhirnya terbukti hanya pembohongan semata - mata. Agak nya apa la pula "fake news' yang akan disebarkan oleh pihak pembangkang pada PRU - 14 yang akan datang. Mungkin mereka akan kata 40,000 orang warga China mengundi BN pula.

Ada aja gila pihak pembangkang ni.. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget