KL CHRONICLE: (Video) Lim Guan Eng puji Mokhzani Mahathir punya harta sebanyak RM 2.7 Billion #Negaraku #Malaysia #YP

Tuesday, December 26, 2017

(Video) Lim Guan Eng puji Mokhzani Mahathir punya harta sebanyak RM 2.7 Billion #Negaraku #Malaysia #YP


Sebentar tadi kami di #KLChronicle telah menerima satu video dari salah satu group WhatsApp kami. Dalam video tersebut kami terlihat satu ucapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memuji anak kepada Dr. Mahathir Mohamad, Mokhzani Mahathir kerana mempunyai harta sebanyak RM 2.7 Billion ringgit. Untuk pengetahuan pembaca, RM 2.7 Billion itu bersamaan dengan RM 2700 juta ringgit. Satu jumlah yang tidak mungkin akan kita, rakyat marhaen ada sampai  bila - bila. 






Bagi kami di #KLChronicle, kami pun terkejut juga dengan kekayaan anak Dr. Mahathir ini. Macam mana anak seorang bekas Perdana Menteri boleh jadi sebegini kaya? Seperti yang dikatakan oleh Lim Guan Eng dalam video beliau, sudah semestinya jika DAP berkuasa mereka akan bertanyakan kepada Dr. Mahathir akan hal ini. Bagaimana anak Dr. Mahathir boleh menjadi begitu kaya raya?


Bukan itu sahaja, jika pembaca masih ingat pada suatu ketika dahulu, Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim pernah dalam satu ceramah beliau memberitahu bahawa anak - anak Mahathir semua kaya raya. Berapa banyak projek PETRONAS mereka sudah sebat. Tidak ada peniaga/businessman lain yang boleh berniaga di Malaysia selain anak - anak Mahathir kah?

Ini bukan kami kata, Anwar Ibrahim yang kata ye. Jadi persoalan nya sekarang, pihak pembangkang yang sudah tahu Dr. Mahathir dan keluarga beliau korup kenapa mereka masih bekerjasama dengan Dr. Mahathir? Ini dengan jelas membuktikan bahawa pemimpin pembangkang tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan politik mereka dan hanya mementingkan kuasa.

Adakah pemimpin tidak berprinsip seperti ini yang kita mahukan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget