Monday, December 25, 2017

@Huan2u : 10 kegagalan kerajaan @DAPMalaysia P.Pinang dibawah @CMLimGuanEng #United #KitaOK #KekalNajib


1. Setelah hanya 10 tahun mentadbir negeri Pulau Pinang, kerajaan DAP negeri telah berjaya menghancurkan negeri Pulau Pinang. Ini terbukti dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini terutamanya dalam hal - hal yang melibatkan pembangunan yang rakus serta tidak dirancang dengan baik.



2. Umum ketahui bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan yang pro kepada pemaju - pemaju hartanah. Oleh sebab itu la jika dilihat di media sosial, ramai netizen yang menggelar DAP sebagai _Developer Action Party_. Sebuah parti yang hanya menjaga kepentingan pemaju hartanah.


3. Akibat kerakusan pentadbiran DAP di Pulau Pinang yang sangat menyayangi pemaju, sejak DAP memerintah,sudah 119 kes banjir besar berlaku di negeri ini yang menyusahkan serta membebankan rakyat. Pampasan yang diberi pula sangat sedikit, tidak setimpal dengan kerugian yang dialami penduduk.

Rujukan:

1. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/11/345457/119-kali-banjir

4. Bukan sahaja kes banjir, siapa boleh lupa kes tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa. Malah antara punca kes tanah runtuh ini berlaku adalah kerana pembangunan tidak terkawal yang dilakukan di cerun bukit serta tidak mendapat kebenaran serta kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).  Ini dengan sendirinya membuktikan kegagalan DAP dalam mentadbir negeri Pulau Pinang dengan baik.

Rujukan :

1. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/349224/3-kecuaian-punca-tanah-runtuh

2. https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2017/10/23/tapak-projek-tanjung-bungah-tidak-dapat-kelulusan-jas/amp/

5. Setelah gagal dalam hal - hal pembangunan negeri dimana DAP dilihat sebagai pendokong kepada pemaju sehingga membinasa serta menjahanamkan ekosistem negeri, DAP juga gagal dalam hal - hal berkaitan kewangan seperti menambah pendapatan kerajaan negeri dengan cara yang bertanggungjawab seperti meningkatkan jumlah pelancong dengan banyak ke Pulau Pinang.

6. Akibat kegagalan meningkatkan pendapatan negeri, kerajaan DAP mencari jalan pintas dengan menjual tanah negeri. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 ke atas Penyata Kewangan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikeluarkan minggu lalu mengesahkan hakikat tersebut.

7. Menurut LKAN itu, hasil yang diperoleh daripada premium tanah (pemberian hak milik dan pemberian milik bayaran khas) Kerajaan DAP Pulau Pinang antara 2012 hingga 2016 adalah sebanyak RM1,552.58 juta. Selain itu, cukai tanah dan premium tukar syarat tanah pula menyumbang RM768.46 manakala jumlah hasil daripada perkara berkaitan dengan tanah negeri untuk tempoh sama menyumbang sebanyak RM2,321.04 juta kepada hasil negeri. Ini dengan jelas menjadikan penjualan tanah yang merupakan hak rakyat sebagai sumber kewangan utama kerajaan DAP Pulau Pinang.

Rujukan : https://www.google.com/amp/malaysiagazette.com/v2/blog/2017/12/01/laporan-audit-bukti-kerajaan-dap-pulau-pinang-jana-hasil-dengan-jual-tanah-rakyat/amp/

8. Namun peliknya, walaupun mendapat berjuta - juta dari hasil penjualan tanah negeri, hutang kerajaan negeri melonjak tinggi. Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah.Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

Rujukan: https://www.wakeupmalaya.com/2017/08/tak-percaya-pengurangan-95-hutang-negeri-pulau-pinang-atas-bantuan-kerajaan-persekutuan/

9. Sudah la semua tanah dijual dan hutang semakin bertambah, kerajaan DAP Pulau Pinang pula dengan rasa tidak malu mahu meminjam wang dari Bank China untuk membiayai projek - projek kerajaan negeri. Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru - baru ini meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/383522#r6mTcpiKtYppGQ7C.99

10. Setelah mempunyai hutang yang tinggi, DAP mula mencari peluang untuk menindas rakyat serta langsung tidak mempunyai simpati dengan menaikkan tariff air sebanyak 4 kali dalam tempoh 10 tahun. Ini sudah semestinya membebankan rakyat Pulau Pinang tetapi langsung tidak dipedulikan oleh DAP.

Rujukan: https://www.wakeupmalaya.com/2017/05/4-kali-naikkan-surcaj-air-sejak-bila-lim-guan-eng-dengar-nasihat-ngo/

11. Bukan sahaja menaikkan harga tariff air,  DAP satu-satunya kerajaan negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam. Malah di Pulau Pinang ada cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Pulau Pinang dapat.

12. Dari segi pertumbuhan ekonomi pula, Pelaburan dari luar negara semakin kurang memasuki Pulau Pinang. Jika dilihat dari Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015. Ini dengan jelas membuktikan syarikat - syarikat serta pelabur juga tidak yakin dengan pentadbiran DAP di Pulau Pinang.

13. Apabila kerajaan negeri tidak dapat menarik pelabur asing, sudah semestinya pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lembab. Ini pula menyebabkan purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang pula adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isi rumah rakyat Pulau Pinang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia. Ini semua merupakan kegagalan Lim Guan Eng memajukan Pulau Pinang menjadi setaraf dengan negeri - negeri lain di Malaysia.

14. kegagalan DAP juga menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Lim Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet mencecah RM667 juta, iaitu hampir separuh Billion ringgit. Walaupun bajet kerajaan negeri berada dalam keadaan defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.

15. Antara sebab bajet Pejabat Ketua Menteri bertambah setiap tahun adalah kerana Lim Guan Eng membuang wang rakyat dengan melantik seramai 46 orang pegawai Penerangan, termasuk pemimpin PKR seperti Saifuddin Nasution sebagai pegawai beliau menggunakan wang rakyat. Ini langsung tidak patut kerana mereka tidak membawa apa - apa keuntungan kepada rakyat di negeri ini.

16. Malah, akibat kegagalan pentadbiran kerajaan DAP, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif mengakui pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membayar RM39,088.10 kepada sebuah badan meragukan di United Kingdom yang didakwa menawarkan anugerah palsu, pada 2013 dan 2014. Pembayaran ini sudah semestinya digunakan dengan menggunakan wang rakyat dan merupakan satu pembaziran yang nyata.

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/29/anugerah-palsu-datuk-bandar-akui-2-pbt-bayar-rm39088-kepada-eba/

17. Sudah lah kerajaan negeri dan PBT menggunakan wang rakyat sesuka hati, pada 2012, Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta dan ia telah pun dilancarkan pada 17 Februari 2012.

Namun sehingga kini tiada satupun rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Walaupun kerajaan negeri memberi pinjaman RM 500 juta kepada Penang Development Corporation (PDC) namun sehingga kini perumahan mampu milik masih menjadi isu di Pulau Pinang. Ini merupakan lagi satu janji yang tidak ditepati kerajaan DAP di Pulau Pinang. Persoalanya, mana pergi wang RM 500 juta itu?

Rujukan: http://www.utusan.com.my/berita/politik/guan-eng-jawablah-1.511978#ixzz51brcqc6W

18 Konklusinya, sebagai sebuah kerajaan negeri, DAP sudah GAGAL di Pulau Pinang. Malah dengan kes rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng, terbukti rakyat Pulau Pinang akhirnya telah ditipu oleh DAP dengan janji - janji manis mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

19. Kita juga tidak akan sesekali lupa kes salah laku Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang pernah ditahan SPRM akibat menulis dua pucuk surat yang tidak membenarkan tindakan diambil terhadap sebuah kilang haram. Surat tersebut yang ditulis pada 2015 dan 2016 mengarahkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan terhadap kilang memproses penapis karbon yang beroperasi secara haram lebih 10 tahun.

Rujukan: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/08/13/sprm-surat/#bOrmUDhHUZL20WTV.99

20. Saya yakin bahawa rakyat Pulau Pinang tidak mahu ditipu sekali lagi oleh DAP kerana akhirnya yang rugi adalah rakyat Pulau Pinang manakala yang untung adalah pemimpin - pemimpin DAP sendiri. Sudah masanya rakyat Pulau Pinang keluar dari ditindas rejim Lim Guan Eng dan rakan - rakan beliau.

Terima Kasih

*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden*
*Parti Cinta Malaysia

No comments:

Post a Comment