Lima termasuk tiga beranak disahkan terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas, lapor pejabat sherif Polk County di sini, semalam.
Sherif Grady Judge dalam satu kenyataan berkata, mereka yang maut terdiri daripada juruterbang, John Shannon, 70; dua anak perempuannya, seorang menantu serta seorang rakan kepada ahli keluarga mereka.
“Ini adalah tragedi yang menyedihkan. Lebih-lebih lagi ia berlaku menjelang sambutan Krismas,” katanya.
Tambah beliau, punca kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan ketika ini.
No comments:
Post a Comment