KL CHRONICLE: Terima RM1 Bilion Dari Mahathir: Kit Siang Perlu Nafi, Saman

Thursday, October 5, 2017

Terima RM1 Bilion Dari Mahathir: Kit Siang Perlu Nafi, Saman


Penasihat DAP, Lim Kit Siang disaran tampil *memberi penjelasan serta membuat penafian terhadap dakwaan oleh penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin kononnya beliau menerima RM1 bilion daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.*



Perkara itu disuarakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana percaya rakyat mahu tahu kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.

Sekiranya tidak betul, *Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Kit Siang perlu menyaman Raja Petra kerana memfitnah mereka.*

“Kita ternanti-nanti kenyataan atau penafian daripada Kit Siang. Saya percaya bukan hanya ahli DAP serta penyokong setia beliau mahu tahu, tetapi rakyat secara keseluruhannya yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) juga mahu tahu kebenaran dakwaan itu.

“Dr. Mahathir juga perlu tampil, sama ada mengesah atau menafikan dakwaan itu. “Sekiranya kedua-dua pemimpin itu menafikannya, mereka perlu bertindak menyaman *Raja Petra* kerana dakwaan ini sangat serius,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Raja Petra menerusi potral Malaysia Today Sabtu lalu mendakwa *Dr. Mahathir memberi Kit Siang RM1 bilion* bagi membolehkan beliau menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Perjanjian bayaran itu juga didakwa meliputi beberapa perkara lain termasuklah *Kit Siang tidak akan mendedahkan skandal forex Bank Negara dan memberikan kerusi Parlimen selamat untuk anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz bertanding pada pilihan raya umum akan datang*.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah menegaskan, dakwaan Raja Petra itu sangat serius dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh pihak yang dituduh.

*“Kit Siang perlu tampil, perlu jelaskan sebagai seorang pemimpin parti, beliau tidak terlibat dalam perkara seperti didakwa itu, supaya seluruh negara faham situasi sebenar,*jelas beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Perkara itu disuarakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana percaya rakyat mahu tahu kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.

Bagitau dgn ini tunku..rakyat pun nak tau kes altantuya yg mana benar ke dakwaan si raja petra..

Berita mcm sampah ni lah kau nak spin..adoi..blogger umno..

Anonymous said...

anon 9.30

kes altatunya dah dibawa ke mahkahmah

Mahkhamh dah bagi keputusan..

Madey bagi 1 billion bukan sikit ni..
Nampak sangat PH memang dikuasai oleh DAP

Nak jadi Pengerusi , kena mintak izin DAP

Nanti kalau menang PRU 14 , PM yg dilantik akan jadi boneka kepada DAP biar pun DAP tak dapat jawatan PM

Bahaya!!!



Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget