KL CHRONICLE: #KLChronicle : Guna wang RM 9 Billion untuk rakyat Pulau Pinang #Negaraku #Malaysis

Thursday, October 5, 2017

#KLChronicle : Guna wang RM 9 Billion untuk rakyat Pulau Pinang #Negaraku #Malaysis


Wang RM 9 Billion hasil jualan tanah dan aset negeri Pulau Pinang wajar dibelanjakan untuk rakyat yang lebih memerlukan_

1. Saya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) baru - baru ini yang mendedahkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan membelanjakan hampir RM 9 Billion wang hasil penjualan tanah dan aset negeri untuk projek - projek yang memberi kepentingan secara langsung kepada projek  Wellness City of Dreams di kawasan Gurney, Pulau Pinang yang dimiliki 100% oleh sebuah syarikat swasta.




*_Petikan_*

_It is clear that the Penang Govt is spending close to *RM9 billion of state funds that is derived from state land and assets sale* on projects that appears to make the RM15 billion GDV Wellness City of Dreams private project to be the main beneficiary._

Rujukan : http://www.bnsc.my/2017/10/rm15-billion-private-project-dap-penang.html

2. Secara peribadi, saya berpendapat wang sebanyak hampir RM 9 Billion tersebut wajar digunakan untuk projek - projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. Contoh yang terbaik adalah di kawasan Bagan Dalam, dimana baru - baru ini kami telah mengalami musibah apabila kebanyakan kawasan di Bagan Dalam telah ditenggelami air. 


3. Akibat dari masalah banjir yang parah ini, penduduk di kawasan Bagan Dalam telah kerugian wang serta kehilangan harta benda mereka seterusnya telah memberi kesusahan kepada kehidupan seharian mereka. Saya yakin, dengan mempunyai wang sebanyak hampir RM 9 Billion, pelbagai projek tebatan banjir serta _"flood mitigation projects"_ dapat dijalankan demi kesenangan serta kesejahteraan rakyat di kawasan Bagan Dalam khususnya, dan Pulau Pinang secara amnya. 

4. Selain itu, salah satu perkara yang mustahak bagi rakyat Pulau Pinang sekarang adalah kemampuan memiliki rumah. Umum ketahui bahawa rumah di Pulau Pinang adalah yang termahal di Malaysia. Akibat ini, ramai rakyat di negeri ini tidak mampu membeli rumah mereka sendiri Memandangkan kerajaan negeri mempunyai lebihan wang sebanyak RM 9 Billion hasil penjualan tanah dan aset negeri, wang tersebut wajar digunakan untuk membina rumah - rumah mampu milik untuk rakyat di negeri ini. 

5. Jika kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan RM 9 Billion ini untuk membina rumah mampu milik (apartment), dan mengambil kira satu apartment berharga RM 250,000, kerajaan negeri dapat membina 40,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. Malah, jika kerajaan negeri tidak mahu membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang, wang sebanyak hampir RM 9 Billion tersebut boleh digunakan sebagai bantuan "deposit" kepada rakyat untuk membeli rumah. 

Bukankah ini perkara yang lebih bermanfaat?

6. Oleh yang demikian, demi manfaat serta kesejahteraan rakyat di kawasan Bagan Dalam khususnya dan Pulau Pinang secara amnya, saya merayu jasa baik kerajaan negeri DAP Pulau Pinang supaya menilai kembali kewajaran kerajaan negeri berbelanja RM 9 Billion untuk beberapa projek di sekitar kawasan Gurney yang mungkin menguntungkan syarikat - syarikat swasta supaya menyalurkan wang RM 9 Billion tersebut untuk pembangunan infrastruktur rakyat (Infra - Rakyat).

Sessungguhnya, ini adalah lebih baik untuk rakyat Pulau Pinang. 

Terima Kasih.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget