KL CHRONICLE: #Bajet2018 Pakatan tiada peruntukan untuk pengangkutan awam? #SPAD #Negaraku #Malaysia

Thursday, October 26, 2017

#Bajet2018 Pakatan tiada peruntukan untuk pengangkutan awam? #SPAD #Negaraku #Malaysia



Baru - baru ini, pihak pembangkang telah membentangkan Bajet Alternatif mereka. Namun apa yang mendukacitakan adalah kegagalan pihak pembangkang untuk memberi peruntukan kepada pembangunan projek pengangkutan awam darat seperti yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa kini. Malah, lebih menghairankan sekali apabila pembangkang mahu membatalkan projek - projek berskala mega yang dicadangkan oleh kerajaan BN. 



Antara projek yang ingin menangguhkan adalah projek East Coast Railway Line (ECRL) dan High Speed Rail (HSR). Langkah mahu menangguhkan projek - projek besar ini adalah langkah yang bakal membuatkan puluhan ribu orang bakal kehilangan pekerjaan. Bukankah ini merupakan satu perkara yang tidak baik? Pembangkang sepatutnya berusaha mewujudkan peluang pekerjaan, bukan mengurangkan serta menghapuskan peluang pekerjaan yang ada. 

Untuk pengetahuan pembaca, ECRL menawarkan kira-kira 45,000 peluang pekerjaan manakala projek HSR KL-Singapura menawarkan 35,000 peluang pekerjaan.Jika ia ditangguhkan, ramai orang muda akan hilang peluang kerja sekaligus menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan dan sebagainya. Adakah ini yang kita mahu sebagai rakyat Malaysia? Dimana Pakatan dengan sikap tidak bertanggungjawab suka hati membatalkan projek - projek memberi manfaat kepada rakyat?

Sehingga hari ini, kerajaan BN dengan konsisten berbelanja ratusan juta ringgit untuk projek - projek pengangkutan awam darat. Antara projek yang telah berjaya dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak adalah projek LRT Extension Line serta Mass Rapid Transit (MRT) yang kini menjadi satu kemudahan yang amat dihargai oleh warga kota. 

Malah, dibawah pentadbiran PM, kerajaan juga telah menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bus dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi. 

Ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk memastikan Malaysia mencapai taraf negara maju tidak lama lagi. Anda rasa pembangkang boleh lakukan perkara yang sama?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget