KL CHRONICLE: Zaid Ibrahim, semakin tua semakin nyanyuk #Negaraku #Malaysia

Tuesday, September 26, 2017

Zaid Ibrahim, semakin tua semakin nyanyuk #Negaraku #Malaysia



Pemimpin kanan DAP, Zaid Ibrahim hari ini mempamerkan dengan jelas sikap dangkal, cetek dan bodoh beliau apabila menyeru anak - anak muda Melayu Islam untuk berhijrah ke London selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan pesta meminum Beer Better Beer Festival 2017 diadakan di Kuala Lumpur.


Selain itu, antara sebab lain Zaid Ibrahim mengatakan perlunya anak muda Islam berhijrah ke London adalah kerana kerajaan Barisan Nasional tidak mengiktiraf kehendak kumpulan LGBT dan Liberal sekaligymusp mengakibatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang "sakit" kerana tidak membenarkan perkara - perkara ini dilakukan di negara kita.

Secara jujurnya, kami di #KLChronicle berasa sungguh marah dan kecewa dengan kenyataan pemimpin DAP seperti Zaid Ibrahim yang langsung tidak ada sikap tanggungjawab dan takut terhadap Allah swt. Apakah kita sebagai umat Islam, semata - mata demi mengejar cita - cita politik sanggup menggadaikan iman dan akidah kita seperti ini.?


Kami ada beberapa persoalan untuk pemimpin DAP seperti Zaid Ibrahim. 

Pertama sekali, memandangkan Zaid Ibrahim begitu kecewa dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan Beer Festival diadakan, bila Zaid Ibrahim dan keluarga beliau akan berambus dan pergi menetap terus di Kota London?

Kedua, memandangkan DAP begitu tegas dalam mempertahankan hak puak LGBT & golongan liberal, adakah apabila DAP berkuasa nanti LGBT akan "dihalalkan" dan dibenarkan dilakukan secara terbuka dinegara ini.?

Kepada pembaca - pembaca budiman sekalian, jika anda sudah membuat keputusan untuk mengundi pembangkang pada PRU yang akan datang, tolong fikir dengan baik adakah kerajaan DAP seperti ini yang anda mahukan dimana akan hancur agama serta akidah anak - anak kita.?

Fikirkanlah. Assalamualaikum.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget