Friday, September 15, 2017

#Trump pun Tahu Pembangkang #Malaysia Kuat Menipu #Negaraku #BangkitBersama



Akhirnya Amerika Syarikat telah bersuara mengenai isu Rohingya. Bermakna suara keprihatinan Malaysia sudah didengari oleh kuasa dunia itu. 

Hari Khamis, 14 September 2017, Rex Tillerson, Setiausaha Negara Amerika Syarikat telah menyatakan keganasan yang berlaku di Myanmar perlu dihentikan. 



Dalam pertemuan dengan Trump, Perdana Menteri  telah dapat mempertingkatkan pengetahuan Trump tentang isu Rohingya. Amerika Syarikat sebelum ini dilihat membisu tentang isu Rohingya, namun selepas pertemuan dengan Najib, Amerika Syarikat terus bersuara agar keganasan di Myanmar dihentikan. 

“Trump juga meminta bantuan kemanusian dikaji. Saya tidak fikir gesaan bersama itu boleh dikeluarkan tanpa sumbangan daripada Malaysia,” kata Datuk Seri Najib. 

Ini bermakna Trump percaya pada Najib. Trump tidak percaya dengan dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan yang mendakwa FBI hendak tangkap Najib. 

Mahathir dalam satu video di Youtube ketika berucap di depan penyokongnya di Kuala Lumpur berkata ;

“Berkemungkinan Najib akan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram.

“Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macam mana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga" kata Mahathir. 

Tuduhan ini nyata mengarut sama sekali. Sebelum itu, pada bulan September 2015, keluar cerita palsu di New York Times bahawa FBI hendak tangkap Najib. Padahal bila Najib ke New York pada 23 September 2015 untuk hadiri Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu, tidak pula FBI menahan Najib. Obama melayan Najib sebagai tetamu kehormat di sana.

Tuduhan berkaitan dana RM2.6 bilion yang dikatakan diambil dari 1MDB juga sudah terbukti bohong. Raja Salman datang dan melabur RM31 billion lagi di Malaysia. Ini jelas sekali menunjukkan tuduhan duit dicuri dari Arab Saudi adalah tuduhan yang bohong sama sekali. 

Trump tahu pembangkang di Malaysia ini kuat menipu. Malah pembangkang di Malaysia juga telah kutuk Trump secara terbuka. 

Oriental Daily News bertarikh 1 September 2017 mendedahkan bahawa Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang berkata “...jumpa orang macam ini (Trump), kita sendiri jadi bodoh.” Apa ingat Trump tidak tahukah pembangkang di Malaysia kutuk dia? 

Pada tahun 1987, Trump ada menulis satu buku bertajuk "The Art of  the Deal". Buku ini jadi "bestseller" dan Trump mengunakan prinsip yang terkandung dalam buku ini untuk urusan bisnesnya. Salah satunya adalah prinsip "fight back"

"In most cases I'm very easy to get along with. I'm very good to people who are good to me. But when people treat me badly or unfairly or try to take advantage of me, my general attitude, all my life, has been to fight back very hard." kata Donald Trump. 

Di Pulau Pinang banyak juga syarikat dari Lembah Silikon, California membuka kilang di sana. Apa akan berlaku kalau Trump pakai prinsip "fight back" ini untuk balas balik kutukan Guan Eng?

Di samping itu, Trump juga akui dia mudah berinteraksi dengan sesiapa, lebih lebih lagi orang yang dia sudah anggap sebagai sahabat. Oleh kerana itu Trump hantar Najib hingga ke muka pintu luar White House. 

Najib juga diberikan penghormatan antaranya pesawat khas beliau dibenarkan mendarat di Pengkalan Udara Andrews Joint Air Force. Kawalan "Secret Service: dan penginapan di Trump International Hotel serta disambut oleh Trump di kereta di pintu masuk West Wing.

Ini bukti kepercayaan tinggi seorang Presiden Amerika Syarikat kepada Perdana Menteri Malaysia. Trump tidak layan tohmahan yang dibuat WSJ, DoJ dan pembangkang di Malaysia. Buat apa layan, orang yang kuat menipu. 

Bukan di White House sahaja, Datuk Seri Najib disambut dengan istimewa, beberapa jam lepas di Downing Street, London, Theresa May, Perdana Menteri United Kingdom telah keluar  menjemput Najib di kereta masuk ke pejabatnya. 

Lagi bengkaklah mata pembangkang melihatnya. Theresa May pun tidak layan cerita penipuan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap Datuk Seri Najib. 

Claire Brown pun gagal buktikan dakwaann di Mahkamah London. Terbukti apa yang dituduh terhadap Najib adalah satu penipuan semata mata. 

60 tahun hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom diperkukuhkan lagi dengan lawatan Datuk Seri Najib. Bukan itu sahaja, perjuangan Malaysia terhadap etnik Rohingnya yang ditindas di Myanmar juga berjaya dibawa oleh Datuk Seri Najib. 

Negara "superpower" percaya pada Najib. Mereka tidak percaya pada pembangkang yang kuat menipu. Sudah sudahlah pembangkang, hentikanlah menipu rakyat.

No comments:

Post a Comment