Friday, September 15, 2017

Merungkai Isu Pelaburan KWSP dan Khazanah di US - Apa yang tak kena?


*Kalau kita* ada duit berpuluh bilion dalam simpanan jangan melabur dalam satu negara saja. Itu namanya tidak berapa nak cerdik. 

*Pelaburan* pula kena dipelbagaikan; ada yang untung besar tetapi "high risk", ada yang pulangan rendah tetapi "low risk" dan stabil. Saudagar matawang dan pelaburan kata kena "diversify". Do not put all tour eggs into one small busket! Yet dont take the unnessary risks.



Macam itulah asas dan prinsip kebanyakan para pengurus dana termasuk KWSP dan Khazanah.

Yang rendah risiko dan tetapi memberi pulangan yang rendah ialah seperti memberi pinjaman kepada pihak kerajaan dan GLC. Pinjaman macam ini selalunya faedah tidak pun sampai 4% setahun.

*KWSP* dan Khazanah juga ada pelaburan dalam negara tapi tidak banyak yang boleh memberi pulangan yang tinggi kerana pasaran kita yang agak terhad dan kecil.

Ada pula jenis pelaburan KWSP seperti di dalam PLUS tidak boleh naikkan tol sesuka hati.

Jadi untuk bayar dividen lebih kepada pencarum (KWSP) dan Kerajaan (Khazanah), mereka akan turut melabur di negara lain yang ada peluang buat keuntungan lebih tinggi.

Hendak melabur di luar negara rakyat bising tetapi dividen mahu tinggi. 

*Khazanah* untung berbilion ringgit melalui pelaburan mereka dalam syarikat Ali Baba beberapa tahun yang lepas. 

Adakah mereka boleh mencapai keuntungan sedemikian rupa dengan pelaburan tunggal dalam syarikat negara kita sahaja? Saya rasa hampir mustahil kecuali dalam pembangunan hartanah secara besar-besaran seperti TRX dan Bandar Malaysia.

Tahun lepas sahaja nilai dagangan US - Malaysia mencatatkan trilion ringgit yang sebahagian besarnya adalah dalam bentuk import dan export. Demikianlah besarnya pasaran kepentingan US kepada ekonomi negara.

Apa salahnya jika pengurus dana kita merebut peluang keemasan membuat pelaburan dan keuntungan di US? Tak perlu kalut tuduh Najib nak jual negara!

Dalam kempen pilihan raya Presiden tahun lepas Trump telah berjanji akan melakukan pembangunan infrastruktur besar-besaran di US. 

Jika ada peluang melabur di sana mengapa kita perlu menolak terutamanya apabila ia membabitkan projek pembangunan infrastruktur kerajaan US yang berimpak tinggi?

*Keuntungan* nanti adalah dalam USD dan bila di bawa pulang bukan sahaja akan lebih tinggi nilainya malah akan menambah lagi rizab wang asing negara. Ini juga pada masa depan akan menjadi faktor pengukuhan ringgit kita juga.

Janganlah mendengar cakap bekas seorang Menteri Besar yang konon hendak buat lapangan terbang antarabangsa yang baru di Kulim, sedangkan Lapangan Terbang Alor Setar pun masih macam kubang kerbau?

Orang ini jugalah yang cadang hendak buat Litar Lumba Motosikal di Sungai Petani setaraf Litar Sepang. Bila hendak balik modal projek macam itu kena tanya Boboylaaah!

*Berniaga* kontrak dengan Telekom masa bapa sendiri jadi PM memanglah senang dan untung besar. 

Sebagai penganalisa politik dan pelaburan saya melihat komentar-komentar Mukhriz semakin cabok dan tidak masuk akal.

End.

No comments:

Post a Comment