KL CHRONICLE: Tahukah anda masyarakat Cina semakin mesra kepada parti BN & Kerajaan #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama

Sunday, September 3, 2017

Tahukah anda masyarakat Cina semakin mesra kepada parti BN & Kerajaan #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama


Sokongan pengundi Cina di negara ini kepada Barisan Nasional (BN) semakin positif susulan semakin ramai hadir di setiap program anjuran parti itu terutama program Jalinan Rakyat (JR) Plus  sejak kebelakangan ini.



Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata sentimen masyarakat Cina hari ini adalah lebih baik dan mesra BN, berbanding sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Hari ini kalau kita boleh lihat apabila bakal calon kita turun padang dan disambut dengan baik malah ada dikalangan mereka juga sudah meminta untuk bergambar bersama. Bagi saya ini satu petunjuk yang baik.

“Kalau sebelum ini, kadang-kadang mereka enggan berjabat tangan dengan kita dan tidak mahu mengambil risalah yang kita edarkan kerana lebih terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan Hari Raya Aidiladha bersama jemaah Masjid Kariah Kampung Dacing dan Masjid Kariah Taman Panchor Jaya di Taman Panchor Jaya, Seremban.

JR Plus yang dilancarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 April lalu merupakan langkah agresif parti untuk memantap lagi jentera parti bagi menghadapi pilihanraya umum.

Sementara itu, Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata jentera MCA sudah bersiap sepenuhnya untuk menebus kekecewaan yang dialami pada PRU-13.

Pada Mei 2013, parti itu hanya menawan tujuh kerusi parlimen dan 11 DUN daripada keseluruhan 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN yang ditandinginya.

2 comments:

Anonymous said...

boleh caya ke spesis ni...???

Anonymous said...

Sampai ke akhirat den xpcy... epi cny

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget