Wednesday, September 13, 2017

Perdana Menteri di Amerika Syarikat berjumpa Presiden Trump, pembangkang pula yang seperti cacing kepanasan


1. Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak selamat tiba di Washington D.C, Amerika Syarikat unutk mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J Trump di White House. Walaupun pertemuan antara Perdana Menteri dan Presiden Donald J. Trump ini disambut baik oleh rakyat Malaysia, namun terdapat segelintir pihak yang nampaknya sakit hati dengan jemputan yang diberi oleh kerajaan Amerika Syarikat dan President Donald J. Trump kepada Perdana Menteri.



2. Seperti biasa, sebelum Perdana Menteri berlepas ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan Presiden Donald J. Trump, pihak pembangkang sudah mula menabur fitnah dan berbohong kepada rakyat di negara ini. Umum ketahui bahawa *_Top Dog_* Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa konon nya Perdana Menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara kerana berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB,

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/312920

3. Ini akhirnya terbukti merupakan satu pembohongan yang besar dan berniat jahat untuk merosakkan reputasi Perdana Menteri dan juga kerajaan Malaysia. Apa yang kita lihat sekarang adalah pertama sekali Perdana Menteri dan delegasi kerajaan telah selamat tiba di Washington D.C, Amerika Syarikat. Perdana Menteri juga telah diberikan beberapa keistimewaan oleh kerajaan Amerika Syarikat terutamanya iringan polis (police escort), kawalan dari pasukan sekuriti elit Amerika Syarikat (Secret Service) dan juga kegunaan lapangan terbang tentera Andrews Joint Air Force Base.

4. Ini sekaligus membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang konon nya bahawa Perdana Menteri akan ditangkap, "tidak berani" untuk ke Amerika Syarikat dan sebagainya hanya merupakan satu pembohongan dan fitnah jahat. Apa yang jelas adalah kerajaan Amerika Syarikat sangat menghargai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak sehingga menjemput beliau ke White House untuk bertemu Presiden Donald J. Trump.

5. Bukan itu sahaja, malah Presiden Donald J Trump sendiri menyambut ketibaan Perdana Menteri di West Wing Lobby, White House. Ini menunjukkan hubungan akrab antara kedua pemimpin ini dan juga status Malaysia sebagai antara sebuah negara yang penting bagi Amerika Syarikat. Segala dakyah dan propaganda pembangkang bahawa Malaysia kini konon nya menjadi sebuah negara "kleptokrasi" dan " a failed state" sudah boleh dibakul sampahkan. 

6. Konklusinya, Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kini menjadi sebuah rakan akrab bagi negara kuasa  besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China. Disamping ekonomi yang maju dengan kadar pertumbuhan yang amat memberangsangkan, Malaysia juga diberi kepercayaan untuk memainkan peranan dalam isu keselamatan dan keamanan sejagat seperti dalam isu Islamic State (ISIS), masalah Rohingya di Myammar dan pelbagai isu lain yang memerlukan penglibatan negara. Ini merupakan satu pengesahan dan pengiktirafan terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri oleh kerajaan Amerika Syarikat.

7. Persoalanya, kenapa pembangkang dan pemimpin mereka masih terus mengkritik kerajaan dan seperti cacing kepanasan bila Perdana Menteri dijemput ke Amerika Syarikat oleh Presiden Donald J. Trump?

8. Jawapan nya mudah. Pembangkang cemburu dengan segala kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan hasil usaha Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negara. Selain itu, kejayaan kerajaan membuktikan bahawa segala tohmahan pembangkang terhadap kerajaan hanya merupakan satu fitnah dan bertujuan untuk memberikan persepsi yang buruk tentang kerajaan kepada rakyat demi kelangsungan politik pembangkang.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

No comments:

Post a Comment