Sebentar tadi, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan kenyataan dengan berkata beliau setuju dengan keputusan yang diambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membatalkan permit kepada Better Beer Festival 2017 atas faktor keselamatan.
Jika ia adalah kerana sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya. Tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tak mengecewakan saya,"
Bagi kami di #KLChronicle, ini menunjukkan kematangan sikap serta pemikiran YB Datuk Seri Liow Tiong Lai. Ini kerana beliau sedar dan tahu bahawa tabiat meminum arak, dengan kuantiti yang banyak di tempat awam bukan merupakan satu idea yang bijak.
Ini kerana, apabila ramai orang menjadi mabuk dan khayal, ianya akan mewujudkan beberapa masalah seperti pergaduhan, serangan seksual dan kes - kes jenayah yang lain. Jika perkara ini tidak dikawal, dikhuatiri sesuatu yang buruk akan berlaku.
Namun malangnya, sikap matang dan rasional yang dimiliki oleh DS Liow Tiong Lai tidak dimiliki oleh pemimpin - pemimpin DAP. Bagi pemimpin DAP diatas, ianya merupakan budaya masyarakat Cina untuk meminum arak dan minuman keras dikhalayak ramai tanpa perasaan segan dan silu.
Adakah ini benar - benar budaya masyarakat Cina atau pun sengaja direka oleh DAP untuk mempolitikkan pembatalan Beer Fest ini?
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan DAP mempolitikkan isu ini sebenarnya telah "backfire" dan mencalar imej masyarakat orang Cina di negara ini. Secara tidak langsung DAP telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa masyarakat Cina merupakan kaki botol, gemar mabuk dan suka minum di tempat awam dalam kuantiti yang banyak.
Bukankah ini suatu perkara yang memalukan bagi masyarakat Cina di negara ini?
Ada lagi yang mahu mengundi DAP pada PRU yang akan datang?
No comments:
Post a Comment