Sejak kebelakangan ini, saya banyak menerima gambar berkenaan Pinjaman Pelajaran tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama juga, Saya ditempelak dan juga diperli secara halus, tapi itu tidak buat saya berkecil hati. Sebagai seorang "Doer", saya pun mengambil inisiatif dengan menghubungi SUK untuk bertanyakan pinjaman ini.
Setelah saya menghubungi SUK Selangor berkenaan pinjaman ini. Saya merasakan ini adalah satu langkah populist dimana golongan-golongan "misinformed" akan percaya bulat-bulat mengatakan inilah langkah yang bagus dan baik.
Saya tanya soalan-soalan lazim kepada pegawai pada mulanya, dan selepas itu, saya tanya pegawai tersebut bagaimana pula pengurangan bayaran.
Ok sekarang kita lihat perbezaan ya.
Menurut pegawai tersebut, syarat-syarat untuk pengurangan bayaran seperti berikut:
3.20 - 3.49 : 25% pengurangan bayaran
3.50 - 3.74: 50% pengurangan bayaran
3.75 ke atas: ditukarkan status kepada biasiswa
Manakala ini pula syarat- syarat pengurangan bayaran pinjaman pelajaran MARA dengan caj perkhidmatan 4% setahun:
3.00 - 3.49: 90% pengurangan bayaran
3.50 keatas: ditukar kepada biasiswa
Jika Ali lulus dengan CGPA 3.30, dengan kos pengajian beliau berjumlah 100k.
Selangor
100k - 25% = 75k
Mara:
100k - 90% + 4% (caj perkhidmatan selama sepuluh tahun, kira cincai 40%) = 14k.
Jadi mana satu yang lebih baik? Dan bukan Selangor sahaja ada pinjaman pendidikan ni. Negeri lain juga punya Tabung/Pinjaman pendidikan sendiri seperti Tabung Pendidikan Melaka (TaPEM), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
Dan kenapa sebulan sahaja? I thought only Mc Donald's prosperity Burger sahaja ada promosi sebulan? 😁😁😁
Dan jangan lupa ya, sebelum ini Kerajaan Negeri menjanjikan pendidikan percuma, tetapi adakah mereka berjaya melaksankannya? Start with Unisel first, then we can talk. 😁😁😁
No comments:
Post a Comment