KL CHRONICLE: SPAD lancar kempen #SayangMRTku jom sertai dan menang hadiah - hadiah menarik!

Thursday, August 31, 2017

SPAD lancar kempen #SayangMRTku jom sertai dan menang hadiah - hadiah menarik!



Baru - baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan kempen #SayangMRTku dimana kempen ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pengguna MRT untuk berkongsi keseronokan mereka menikmati kemudahan MRT bertaraf dunia yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Malah operasi MRT ini melambangkan tunjang kemajuan negara dimana sebagai sebuah negara Islam, kita merupakan yang pertama di dunia yang mempunyai sistem MRT ini. 




kembali kepada kempen #SayangMRTku, kempen ini bermula dari 28 Ogos 2017 sehingga 3 September 2017 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Bagi mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, mereka perlu mendapat izin dari ibu bapa mereka terlebih dahulu. Sudah semestinya ramai yang tertanya - tanya apakah hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta yang menyertai pertandingan ini. 

Merujuk kepada laman web SPAD, hadiah - hadiah yang akan diberikan adalah voucher Aeon bernilai RM 150 dan Kad Touch ‘n Go bernilai RM50, dimana jumlah keseluruhan adalah RM 200. Untuk menyertai kempen ini, pengguna perlu mengambil gambar atau video mengikut tema yang diumumkan setiap minggu dan muat naik gambar atau video tersebut, dan pastikan anda tag 3 rakan anda diruangan komen!



Jangan lupa untuk hashtag #sayangMRTku bersama kapsyen anda. 



Bagi mereka yang inginkan keterangan lanjut tentang kempen ini, anda boleh membaca terma dan syarat perduan Versi Bahasa Inggeris: http://bit.ly/2vS7Rag dan Versi Bahasa Malaysia version: http://bit.ly/2iimazU

Jom tunggu apa lagi, ambil selfie dan menang hadiah bernilai RM 200!!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget