Monday, August 28, 2017

Rafizi Akui Parti PKR Sudah Berpecah Kepada Dua Puak #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama


Politik kayu tiga cara Azmin Ali turut dikecam oleh Rafizi Ramli. Kali ini kecaman dari Rafizi Ramli ini dibuat secara terbuka menggunakan kepala surat rasmi daripada PKR.



Dalam satu kenyataan media pada 27 Ogos 2017, Rafizi yang berjawatan Naib Presiden PKR telah menulis “apakah strategi untuk mendampingi PAS secara pragmatis itu wajar tatkala PAS mahu bertanding di semua kerusi pada PRU14”.

Tulisan Rafizi di bawah tajuk “Parti Terbahagi Dua” ini secara tidak langsung merujuk kepada tindakan Azmin Ali yang berdamping dengan Hadi Awang dan kemudian berdamping pula dengan Mat Sabu.

12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor.

Kemudian PAS pula mahu tanding di seluruh DUN di Selangor. Sudah pasti berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 di Selangor.

24 Ogos, PAS menerusi Sallehen Mukhyi, Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan PAS akan bertanding 42 kerusi di Selangor. Selain itu, PAS juga mahu ambil kembali kerusi parlimen Gombak yang kini diwakili oleh Azmin Ali. Keadaan keadaan inilah yang disifatkan Rafizi sebagai parti PKR sudah pun terbahagi kepada dua atau sudah pecah kepada dua puak.

Rafizi Ramli menjadi lebih panas bila dikhabarkan Azmin memang berunding menerusi “jalan belakang” untuk memberi kerusi Gombak kepada PAS. Semua ini Azmin lakukan demi menyelamatkan tengkuknya untuk terus menjadi Menteri Besar di Selangor dengan sokongan PAS.

Azmin Ali menggunakan Iskandar Samad, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN PAS Chempaka untuk menyusun tempat baginya di parlimen Pandan. Azmin mahu lompat ke Pandan untuk bertanding bagi menggantikan Rafizi yang mungkin hilang kelayakan bertanding jika masuk penjara.

Dengan gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri sejumlah hampir RM30,000 sebulan, Iskandar Samad akan melakukan apa sahaja permintaan Azmin. Berita ini yang buat Rafizi Ramli jadi panas dan terus mengeluarkan kenyataan media mengecam sikap Azmin yang terus bermain kayu tiga dengan PAS.

Selagi belum masuk ke tirai besi dan duduk di samping Anwar Ibrahim di Sungai Buloh, Rafizi masih lagi menyimpan hati untuk terus bertanding di parlimen Pandan. Sebab itu berhempas pulas Rafizi buat rayuan dan sebagainya kerana masih percaya dia mungkin akan dapat bertanding lagi di Pandan.

Sebaliknya, Azmin Ali dan Iskandar Samad sudah anggap Rafizi bakal “tutup buku” pada PRU14. Dengan bantuan Adam Rosly, yang sememangnya anti dengan Rafizi, Azmin menyusun langkah untuk bertanding di parlimen Pandan.

Azmin akan buat apa sahaja demi menyelamatkan tengkuknya sebagai Menteri Besar Selangor. Politik kayu tiga Azmin ini jelas terserlah kerana dalam masa Azmin cuba berbaik baik dengan PAS atas tiket Naib Presiden Pakatan Harapan, dalam pada itu pula Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir membalun PAS sebagai pengacau dalam ceramah politiknya di Besut hujung minggu lepas.

Nampak macam berlakon, kerana Azmin merupakan anak angkat Mahathir. Mengapa dalam isu PAS ini Mahathir berlainan pendapat dengan Azmin?. Ini adalah satu drama. Bapa angkat sengaja balun PAS demi tarik undi DAP. Anak angkat pula main peranan untuk pujuk PAS pakai “jalan belakang”.

Mahathir sudah sanggup anggap Ketuanan Melayu tidak lagi penting baginya demi meraih undi daripada DAP. Mahathir tidak beri peluang langsung kepada PAS. Dia akan kutuk PAS habis habisan. Semua ini Mahathir lakukan kerana dia sekarang sudah bertuankan DAP.

Mahathir kata Ketuanan Melayu tidak relevan lagi tetapi dalam Wikipedia tulis, PPBM adalah parti yang berkonsepkan Ketuanan Melayu. Kena tukarlah selepas ini dalam Wikipedia, tulis PPBM adalah berkonsepkan Ketuanan DAP.

Bukan sahaja PAS, Rafizi juga kena akui kemasukan Mahathir dalam pembangkang juga turut memecah belahkan PKR. Kerosakan yang dibawa oleh Mahathir dalam pembangkang lebih besar lagi. Azmin sudah berkiblat kepada Mahathir bukan lagi Anwar Ibrahim. Sudah wujud kem pro Mahathir dan pro Anwar dalam PKR.

Samalah seperti apa yang Anwar pernah pesan mengenai 'Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… ular itu kini memakai mahkota' pada setahun yang lepas kepada semua orang PKR bila Mahathir mula menyertai pembangkang. Memang ular ini sedang mematuk PKR sekarang ini. Mahathir kini memakai makhkota DAP dan sedang mematuk PKR buat kali ketiga.

Azmin Ali adalah “bisa ular” itu sekarang ini. Memecahkan PKR kepada dua puak. Selain mahukan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Mahathir juga menyimpan hasrat mahu melihat Azmin Ali naik sebagai Perdana Menteri. Dengan DAP, Mahathir buat perjanjian sulit yang lain. Dengan Azmin Ali, Mahathir buat perjanjian yang lagi sulit demi anaknya sendiri dan kroninya.

Politik ular cara Azmin Ali dan Mahathir ini perlu dihentikan.

No comments:

Post a Comment