Sunday, August 27, 2017

#Analisis : Perjuangan Dr. Mahathir sekarang berasaskan sentimen peribadi #YP #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini kami di #KLChronicle telah mendapat satu video melalui aplikasi WhatsApp. Video tersebut menceritakan kronologi bermulanya serangan Dr. Mahathir keatas UMNO dan Barisan Nasional. Apa yang kami suka akan video ini adalah ianya straight to the point. 



Pertama sekali, komentari Ketuan Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh ada betul. Dr. Mahathir Mohamad banyak jasanya tetapi sekarang agenda politik beliau adalah berasaskan sentimen peribadi.


Kita semua tahu "trigger point" serangan Dr. Mahathir kepada UMNO dan seterusnya BN adalah apabila anakanda tercinta beliau Mukhriz Mahathir tewas dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lepas. Malah Mukhriz Mahathir sendiri mengaku bahawa gerakan/rancangan untuk menjatuhkan PM bermula pada Tahun 2014 iaitu sejurus selepas pemilihan parti.


Bagi kami di #KLChronicle biasalah didalam pemilihan ada yang menang, dan ada yang kalah. Jika kalah cuba lagi pada masa akan datang. Namun nampaknya falsafah ini tidak diguna pakai oleh Dr. Mahathir dan beliau terus menyerang UMNO dan Barisan Nasional. Malah bukan itu sahaja, kini Dr. Mahathir Mohamad sanggup bekerjasama dengan D
DAP dan musuh Islam untuk menghancurkan UMNO. 

Adakah ini wajar.?


Dr. Mahathir tidak harus lupa bahawa sudah banyak jasa UMNO dan BN kepada keluarga beliau. Tanpa UMNO anak beliau mungkin tidak akan menjadi multi - billionaire seperti sekarang. Namun setelah semua yang ahli UMNO berkorban untuk Dr. Mahathir dan keluarga beliau, kini mereka (keluarga Dr. Mahathir) ludah kembali kepada UMNO. 

Adakah orang seperti ini kita mahu terima kembali ke UMNO? Sudah semestinya tidak!

Kepada ahli dan penyokong pembangkang. Goodluck bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang merupakan Top Dog Pakatan pembangkang. You can keep him there as we in UMNO BN does not want him back.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment