KL CHRONICLE: Pemandu Bas tumbuk penumpang, SPAD panggil syarikat dan pemandu menghadap!

Wednesday, August 30, 2017

Pemandu Bas tumbuk penumpang, SPAD panggil syarikat dan pemandu menghadap!


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana dengan pantas telah mengambil tindakan dan menyiasat satu aduan dari orang awam (penumpang) yang konon nya beliau telah ditumbuk oleh seorang pemandu bas setelah beliau (penumpang) menegur pemandu bas tersebut kerana tertidur ketika memandu. 



Bagi kami di #KLChronicle, kes atau pun insiden pemandu bas tertidur ketika memandu merupakan satu insiden yang sangat serius dan mesti diambil perhatian oleh pihak SPAD. Tindakan tegas harus dan mesti diambil terhadap pemandu dan syarikat operator bas kerana jika pemandu bas ini tertidur ketika membawa bas dalam keadaan yang laju, sudah semestinya akan berlaku kemalangan dan mungkin ada diantara penumpang yang akan tercedera/terkorban. This is unacceptable!

Jika pembaca masih ingat, pada 24 Disember 2016 yang lalu, satu  kemalangan maut telah berlaku melibatkan bas ekspres Alisan Golden Coach yang telah mengakibatkan penumpang kehilangan nyawa dan cedera parah. Antara punca awal kemalangan tersebut adalah pemandu bas didapati "fatigue" atau kepenatan sekaligus menjadi punca kemalangan maut tersebut berlaku. Sudah semestinya kita tidak mahu kes yang sama berulang kembali.

Memetik kenyataan SPAD:

Berikutan aduan rasmi yang diterima daripada mangsa, satu sesi temuramah telah diadakan di pejabat SPAD Johor Bahru pada hari ini.

Bergantung kepada hasil siasatan, SPAD akan mengenakan tindakan perundangan terhadap pemandu,dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengendali termasuk tindakan undang - undang dengan denda sehingga RM 500,000 dan/atau penjara sehingga 2 tahun dan/atau tindakan pentadbiran yang mungkin melibatkan penggantungan atau pembatalan lesen.

Bagi kami di #KLChronicle, SPAD jangan beri peluang kepada syarikat ini dan tindakan tegas harus diambil. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget