KL CHRONICLE: Memahami maksud tersirat kenyataan terbaru Tan Sri Annuar Musa #BN #ProRakyat #Negaraku #Malaysia

Saturday, August 5, 2017

Memahami maksud tersirat kenyataan terbaru Tan Sri Annuar Musa #BN #ProRakyat #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini, Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa (TSAM) telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana beliau memberikan komitmen bahawa "UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa terus memberikan fokus sepenuhnya melalui pendekatan kerajaan Pro Rakyat". Antara contoh yang diberikan oleh TSAM berkaitan pendekatan Pro - Rakyat adalah seperti isu kebajikan ATM, projek MRT dan bantuan kepada peneroka FELDA.



Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh TSAM, walaupun merupakan satu perkara yang "simple" namun mempunyai satu maksud yang sangat mendalam. Jika dilihat dari segi sejarah, kerajaan Barisan Nasional tidak pernah gagal dalam mewujudkan satu dasar, program, atau pun membuat keputusan yang berkiblatkan kepada kepentingan Pro - Rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan BN adalah untuk kesejahteraan rakyat.



Ambil sahaja contoh yang diberi oleh TSAM iaitu pengumuman kerajaan berhubung isu kebajikan veteran ATM. Enam (6) berita gembira yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Razak untuk veteran tentera menunjukkan komitmen kerajaan serta keprihatinan Perdana Menteri terhadap permasalah yang dilalui oleh veteran ATM. 


Ini juga merupakan satu cara kerajaan menghargai semua sumbangan serta pengorbanan veteran ATM selama mereka berkhidmat untuk negara. Tidak kah ini merupakan satu perkara yang baik yang telah dilakukan oleh kerajaan BN? Contoh kedua yang merupakan antata "achievement" terbesar kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib adalah projek MRT. 



Jika dilihat dari laporan - laporan yang diterima, projek MRT ini merupakan antara projek yang sangat memberi manfaat kepada rakyat. Namun seperti biasa, pihak pembangkang walaupun tahu projek ini merupakan satu projek yang sangat baik, terus mengkritik kerajaan. Itu sahaja yang mereka tahu. Cuba pembaca fikirkan, sejak pembangkang mentadbir Pulau Pinang dan Selangor, apa projek Pro - Rakyat yang telah mereka lakukan?



Konklusinya, kami di #KLChronicle bersetuju dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh TSAM. kerajaan BN secara konsisten berkhidmat untuk rakyat. Namun apa yang pembangkang lakukan? Mereka hanya tahu berpolitik sepanjang masa sehingga keperluan asas seperti Air pun mereka tidak dapat sediakan seperti di negeri Selangor. Adakah pembaca mahu terus mengundi pembangkang pada PRU yang akan datang?

=============================================

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa terus memberikan fokus sepenuhnya melalui pendekatan kerajaan Pro Rakyat.

Kita menyambut baik beberapa pengumuman kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu kebajikan veteran ATM, projek MRT dan bantuan kepada peneroka Felda.

Kita percaya keprihatinan kerajaan ini merupakan tradisi membela rakyat  yang sudah sekian lama menjadi amalan kerajaan BN.

Kita sesungguhnya yakin lebih banyak lagi pengumuman initiatif kerajaan BN  akan diumumkan oleh PM kita dari semasa ke semasa selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Ia satu manifestasi kerajaan BN yang bertunjangkan kerajaan Pro  Rakyat.

Ia berbeza dengan Pakatan Harapan yang begitu Pro DAP, dan bergerak di bawah kawalan dan dasar junjungan DAP.

Pendekatan PM benar-benar dan sememangnya meresahkan pakatan pembangkang yang berhempas pulas menyemai rasa benci pada kerajaan menerusi isu-isu yang mereka kitar dan kitar berulang kali untuk mengabui mata dan menakut-nakutkan rakyat.

Kita berharap seluruh jentera kerajaan akan terus menerus fokus kepada agenda membela dan menyatupadukan rakyat.

Hanya perpaduan rakyat dan sikap istiqamah kepemimpinan dalam membela nasib masyarakat majmuk akan menjamin masa depan agama, bangsa dan tanah air.


Tan Sri Annuar Musa (TSAM)
03.08.17

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget