KL CHRONICLE: Bukti Mahathir cuba perbodohkan rakyat Malaysia #Scorpene #Negaraku #Malaysia

Friday, August 4, 2017

Bukti Mahathir cuba perbodohkan rakyat Malaysia #Scorpene #Negaraku #Malaysia


1. Bekas pegawai penyiasat ketenteraan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff membidas penafian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan tidak tahu mengenai pembelian Scorpene walhal kontrak pembelian ditandatangani pada 2002 setelah mendapat persetujuan oleh beliau sendiri.



2. Abdul Rahman berkata, pembelian 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah kapal selam latihan mendapat ‘lampu hijau’ oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1995, yakni merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

*_“Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Amanda (Armada) Pribumi Syed Sajat (Syed Saddiq). Mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar_*

*_“Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi. Saya biarkan anda teka nama mereka. Rundingan dilakukan mengikut prosedur kontrak perolehan pertahanan,”_* kata Abdul Rahmat dipetik blognya, Seademon Says.

3. Pemerhati politik, Rosman Bistamam, beliau menulis di dalam laporannya mengenai isu Scorpene bertajuk *“Apakah Tun M tidak menyedari pembelian kapal selam?”,* Tun Dr Mahathir sememangnya mengetahui pembelian kapal selam berkenaan – begitu juga semua menteri kabinet serta seluruh ahli parlimen.

*_"Pembelian kapal selam Scorpene daripada Perancis antara perkara penting kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Seperti perkara lain yang berada dalam kategori itu, ia melalui proses yang sama sehingga kontrak pembeliannya ditandatangani pada Jun 2002_*

*_“Pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah salah seorang daripada mereka mengetahui secara terperinci butiran perjanjian jual beli tersebut? Persoalannya mengapakah mereka seperti menutup mata dan buat macam tidak tahu apa-apa?”_* soalnya.

4. Malah, Rosman turut mempertikaikan penafian Tun Dr Mahathir sambil menyatakan ianya tidak logik bahawa pembelian aset besar negara dilakukan secara rahsia oleh Najib.

*_“Keadaan yang berlaku sekarang adalah  sebaliknya apabila pembelian kapal selam Scorpene seolah-olah dilakukan secara rahsia antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pihak Perancis_*

*_"Peliknya Najib telah diminta menjelaskan butiran pembeliannya seperti hanya beliau seorang sahaja yang tahu,”_* katanya lagi.

5. Tun Dr Mahathir sebelum ini menyatakan bahawa beliau hanya mengetahui mengenai pembelian Scorpene selepas beliau melepaskan jawatan pada 2003 dan ianya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

*_"Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi. Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene,”_* katanya merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan menteri pertahanan pada waktu tersebut.

 6. Rosman berpendapat, dakwaan Tun Dr Mahathir boleh dianggap sebagai kenyataan ‘u – turn’ yang cuba memutarbelit isu pembelian kapal selam berkenaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

*Rujuk Sumber*: http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/26134-isu-scorpene-tun-m-usah-perbodoh-golongan-yang-lebih-matang.html

1 comment:

Anonymous said...

Blogger BONGOK SIAL!!!

Pembodek Lanun Bugis 1MDB SCORPENE ALTANTUYA AWET MUDA NYUT NYUT PENYAMUN KLEPTOCRST TERSOHOR DIDUNIA

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget