KL CHRONICLE: Hajah Nancy :MRT bukti komitmen kerajaan PM @NajibRazak menepati janji kepada rakyat #SPAD #Negaraku #Malaysia

Monday, July 17, 2017

Hajah Nancy :MRT bukti komitmen kerajaan PM @NajibRazak menepati janji kepada rakyat #SPAD #Negaraku #Malaysia


Hari ini sejarah telah tercipta apabila kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah melancarkan pembukaan MRT Fasa 2 Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK).





Program yang menelan belanja berbillion ringgit ini dibangunkan bagi memudahkan penduduk serta pengguna perkhidmatan awam di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan. 

Hajah Nancy bersama barisan kepimpinan SPAD & PRASARANA
Memetik kata - kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri:

Pembukaan MRT Fasa 2 ini merupakan bukti bahawa komitmen Kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri. 

Kita mahu melihat sistem pengangkutan awam darat pada masa hadapan menjadi lebih inklusif dan disesuaikan dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan golongan keperluan tertentu seperti bagi orang kelainan upaya, keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan warga emas. 

Pelaksanaan projek MRT ini merupakan satu bukti komitmen ke arah aspirasi tersebut", kata Y.B. Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri.


Bagi kami di #KLChronicle, kejayaan projek MRT oleh kerajaan BN dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib dengan kos yang rendah dari sepatutnya (under budget) dan lebih cepat (ahead of schedule) membuktikan kemampuan pasukan Perdana Menteri dalam mentadbir dan memajukan negara.


Malah, dengan kejayaan projek MRTini, ianya juga membuktikan kerajaan BN menepati janji mereka dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang terbaik untuk rakyat. Kami berharap dengan kejayaan kerajaan BN ini, rakyat akan terus menyokong BN untuk mentadbir serta memajukan negara bagi tahun - tahun yang akan mendatang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget