KL CHRONICLE: Kami di #KLChronicle menyokong kenyataan @WeeKaSiongMP #TourismTax #Negaraku #Malaysia

Monday, June 12, 2017

Kami di #KLChronicle menyokong kenyataan @WeeKaSiongMP #TourismTax #Negaraku #Malaysia

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkongsi pendapat beliau tentang Cukai Pelancongan yang bakal diperkenalkan 
Baru - baru ini, timbul kontroversi apabila Menteri Pelancongan, Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa bermula 1 July 2017 kerajaan akan memperkenalkan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam dikenakan di hotel - hotel berdasarkan taraf hotel tersebut. Kami di #KLChronicle tidak mahu masuk campur perbalahan antara Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kerana kami berpendapat perbalahan ini hanya membuang masa kami sahaja.



Apa yang kami ingin ulas disini adalah kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dimana beliau telah bertindak profesional dengan memberi penjelasan mengapa cukai ini dilaksanakan dan bagaimana hasil dari cukai ini akan digunakan oleh kerajaan pada masa akan datang. Bagi kami, cara Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong ini betul dan Nazri Aziz tidak perlu bersikap seperti seorang samseng ketika memberi penjelasan tentang cukai ini, tambahan kepada rakan - rakan BN yang lain. 

Pertama sekali,
pengenalan Cukai Pelancongan ini harus dilihat secara objektifnya mampu meningkatkan mutu infrastruktur pelancongan di negara ini melalui cukai yang diterima. memetik kata - kata Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong: 

"The tax is collected as a consolidated fund, which will be eventually used for the industry.

"The tourism sector is expected to expand and we need more comprehensive and sophisticated infrastructure to accommodate the growing number of tourists," 


Umum ketahui bahawa industri pelancongan negara semakin berkembang. Apabila lebih ramai pelancong datang ke negara kita, kerajaan perlu menyediakan infrastruktur yang lebih besar dan selesa untuk mereka. Penyediaan infrastruktur ini memerlukan wang ringgit dan daripada kerajaan menggunakan wang pendapatan sedia ada, lebih baik kerajaan menggunakan cukai pelancongan ini untuk memantapkan lagi sektor pelancongan negara. Dengan cara ini, bantuan yang diberikan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 dapat diteruskan seperti biasa tanpa terjejas. 

Selain itu, perlu diingatkan bahawa cukai RM 20 bagi hotel lima bintang ini hanya lebih kurang USD 5.00 bagi pelancong asing. Bagi mereka jumlah ini adalah tidak banyak dan tidak significant langsung dalam keseluruhan perbelanjaan percutian mereka. Rakyat perlu juga ingat bahawa percutian dan pelancongan ini adalah berkait rapat dengan Gaya Hidup masyarakat dan jika anda mampu untuk duduk di hotel lima bintang, jangan kata anda tidak mampu membayar cukai sebanyak RM 20 satu malam?

Perlu diingatkan juga industri pelancongan ini merupakan satu industri yang kompetitif dimana negara - negara lain juga berbelanja ratusan juta ringgit untuk mempromosikan negara mereka seperti India (Incredible India), Thailand (Amazing Thailand) dan sebagainya. Bagi Malaysia, kita juga perlu tingkatkan "game" kita supaya menjadi lebih baik dari negara - negara lain dan ini juga memerlukan wang ringgit. Oleh itu, pengenalan cukai pelancongan ini dapat mengurangkan beban kerajaan dalam mempromosikan negara di seluruh dunia. 

Secara konklusinya, mereka yang protes perihal perlaksanaan cukai ini sebenarnya tidak faham tujuan dan niat kerajaan memperkenalkan cukai ini kepada pelancong tempatan dan luar negara. Kami yakin jika penerangan diberi dengan jelas apa tujuan sebenar cukai ini diperkenalkan, mungkin ramai yang akan bersetuju. Menteri tidak perlu bersikap seperti seorang samseng, wajar mencontohi sikap profesional Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. 

Terima Kasih. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget