KL CHRONICLE: Helikopter Nuri dijual sebagai besi buruk? Baca kisah benar isu ini di #KLChronicle

Tuesday, June 13, 2017

Helikopter Nuri dijual sebagai besi buruk? Baca kisah benar isu ini di #KLChronicle

Nuri di bengkel barang lusuh, Sg. Petani Kedah
Beberapa hari ini, viral mengenai rangka helikopter Nuri yang dilihat oleh orang ramai 'tersadai' di sebuah bengkel barang lusuh di Sg. Petani, Kedah. 



Helikopter Nuri yang terhempas di Pulau Perak
Sedikit info untuk maklumat bersama, helikopter ini telah mengalami kemalangan di Pulau Perak pada Disember 2013. Disebabkan hal tersebut, terdapat kerosakan yang teruk pada rangka helikopter ni dan ianya tidak boleh berfungsi lagi.

Ditambah lagi dengan keadaan fizikal pesawat yang jika dibaiki akan menelan kos belanja yang amat tinggi. Disebabkan hal ini kerajaan putuskan untuk lupuskan saja dan tidak perlu dibaiki untuk kegunaan pameran dan sebagainya. Kang kalau repair, Pembangkang bising kata kos membaiki mahal, guna duit rakyat bla bla bla.

Melalui Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih, kerajaan dah luluskan cadangan melupuskan aset alih kerajaan pesawat Nuri ini pada Disember 2016.

Siaran Akhbar UKK Kementerian Pertahanan

Untuk info, komponen mekanikal dan juga sistem yang digunapakai helikopter ni dah dikeluarkan terlebih dahulu oleh TUDM. Kerja-kerja memotong rangka helikopter ini pun sedang dijalankan. So don't worry lah, helikopter ni takleh dibawa terbang ke Kuala Lumpur untuk shopping raya ataupun jalan-jalan pusing Komtar dengan keluarga.

Jom war-warkan fakta untuk rujukan bersama.

#FaktaDiutamakanDaripadaPersepsi
Tentera Udara Diraja Malaysia

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget