Jika dilihat pada entri terbaru Mahathir pada 3 Mei 2017 dalam blognya “Che Det” kita boleh melihat Mahathir sedang memujuk Kit Siang agar bercakap bohong dalam siasatan khas isu Forex.
Jenama DAP yang sekian lama dijijikkan oleh Mahathir sendiri selama berpuluh tahun, kini pertama kalinya Mahathir memuji DAP bersungguh sungguh sampai berjela jela tulisannya.
Ini tindakan “desperado” dari Mahathir kerana takut Kit Siang akan bercakap benar bila dipanggil untuk siasatan Forex Scandal Bank Negara Malaysia.
Mahathir memulakan tulisannya berkenaan DAP dengan perkataan ini – “Banyak sudah yang di perkatakan berkenaan DAP” .
Sebenarnya yang banyak berkata berkenaan DAP dalam nada negatif dan kritikan selama berpuluh tahun adalah Mahathir sendiri. Yang gelar Kit Siang bapa rasis adalah Mahathir sendiri.
Maka Mahathir sedang mencuci balik kata katanya itu, yang dia sendiri dilemparkan kepada DAP dulu.
Orang orang dan ahli ahli UMNO membenci DAP sebahagiannya juga adalah atas pengaruh kebencian yang dididik Mahathir terhadap DAP dan Kit Siang.
Selama berpuluh puluh tahun Mahathir tiada cerita yang baik berkenaan DAP dan Kit Siang. Itu semua orang tahu melainkan mereka yang baru tumbuh gigi dalam arena politik.
Ada beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai elemen sebab musabab Mahathir terpaksa menjilat DAP dan Kit Siang.
Antaranya adalah rencana awal mahu menyelitkan anaknya menjadi ahli Parlimen bertanding dan menumpang di kerusi selamat DAP.
Maka sebab itulah ketika menjelajah berceramah baru baru ini, Mahathir sentiasa bercerita baik berkenaan DAP dan menyatakan dirinya sekian lama telah tersalah menafsirkan DAP kepada orang Melayu.
Mahathir lebih banyak bercerita berkenaan DAP melebihi parti PPBM yang diterajuinya sendiri.
Jika dilihat pada para 4, 5, 6, dan 7 , kita dapat meragui kenyataan Mahathir dan mempersoalkan sama ada selama ini Mahathir berbohong atau selama ini Mahathir jahil berkenaan DAP?
Apakah selama 22 tahun, baru hari ini Mahathir tahu berkenaan DAP seperti yang cuba disampaikan pada artikelnya itu?
Atau , hanya selepas UMNO menyisihkannya barulah Mahathir bertukar nada?
Adakah jika Datuk Seri Najib melayan kehendak peribadi Mahathir, apakah kenyataan terhadap DAP semua ini tidak akan wujud?
Hanya ada satu sahaja jawapan, sama ada Mahathir selama ini jahil , atau selama ini jahat?
Kepada semua perkara di atas, satu perkara amat jelas.
Lim Kit Siang adalah penulis dua buah buku berkenaan skandal kewangan Bank Negara pada zaman Mahathir.
Kedua buah buku itu tidak pernah disaman atau dicabar kesahihan ceritanya oleh Mahathir. Oleh kerana, ketika itu kuasa dan Perdana Menteri selepas Mahathir adalah dbawah cengkaman Mahathir sendiri.
Mahathir tahu skandalnya tidak akan dibawa ketengah. Namun , sebaik sahaja Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri , maka Mahathir menyedari Najib adalah Perdana Menteri UMNO yang dia dan kroninya tidak dapat kawal dan kuasai.
Maka kes kes dan skandalnya mungkin akan terdedah , hatta kes kehilangan wang rakyat melalui perjudian BNM FOREX kini bakal di dedah melalui RCI selepas Task Force menjalankan siasatan awal.
Apa yang menarik dan menakutkan Mahathir adalah penulis buku skandal kewangannya iaitu Lim Kit Siang bakal menghadapi panel Task Force dalam masa terdekat ini.
Maka untuk melaksana kan “tit-for-tat” kerja kerja mencuci taik DAP dan Kit Siang sedang diusahakan melalui tulisan Tun Mahathir demi mengambil hati Kit Siang yang begitu ghairah menyerang isu FOREX dan BMF.
Ini umpama perjanjian “kau garu belakang aku, aku garu belakang engkau”.
Pada isu FOREX , Kit Siang boleh memilih antara dua, mahu berjujur seperti tulisan dalam bukunya atau mahu cuba selamatkan “Mahathir” yang sedang DAP jadikan alat memikat undi Melayu.
Maka terlalu jelas waktu ini itulah sebabnya tiba tiba pada entri terbaru Mahathir terlihat pertama kalinya Mahathir memuji DAP secara tiba tiba dan tidak semena mena.
Benar bagai dikata , Mahathir amat takut jika yang menjadi Perdana Menteri itu bukan dari mereka yang dia dapat kawal.
Ini kerana, Mahathir telah menzalimi ramai orang ketika memerintah lalu dia amat takut jika ada antara mereka yang menuntut keadilan dan penghakiman melalui Perdana Menteri yang berkuasa.
Ini boleh dilihat pada kes Tun Salleh Abas apabila mendapat ganti rugi melalui Abdullah Badawi.
Pada hari ini individu seperti Datuk Murad yang terasa dizalimi mahukan keadilan dan kebenaran melalui Datuk Seri Najib , hatta kes FOREX dibuka untuk siasatan.
Ramai juga yang dizalimi oleh Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, antaranya mereka yang terbabit pada kes BMF yang terpaksa menanggung sendiri kesalahan walaupun dipercayai melakukannya atas arahan “verbal” Mahathir.
Begitu juga kepada bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Jaafar Hussin dimana menantunya Nur Jazlan menyatakan bapa mertuanya terpaksa mengaku untuk menyelamatkan pihak lain.
Maka itulah sebabnya Mahathir menulis puji pujian terhadap DAP seolah olah selama berpuluh tahun sebelum ini dia amat jahil berkenaan apa yang dia tulis hari ini.
Itulah sebabnya Mahathir, selagi hidup mahu usahakan anaknya atau “orang” nya menjadi Perdana Menteri.
Ini untuk memberi mesej kepada mereka yang Mahathir zalimi kononnya dia masih berkuasa, masih boleh menentukan kuasa supaya mereka yang mahu balas dendam merasa kuatir atau takut untuk meneruskan hasrat mereka.
Mahathir hanya boleh tidur malam hanya apabila anaknya dapat dijadikan Perdana Menteri.
Ketika itu banyak perkara dapat diluluskan dan dilepaskan. Selain dari itu mereka yang mahu membalas dendam akan terus takut dan berdiam diri.
No comments:
Post a Comment