KL CHRONICLE: @JDhinaPG : Kashturi Patto harus cermin diri dulu sebelum kritik #MIB #Negaraku #Malaysia

Sunday, April 30, 2017

@JDhinaPG : Kashturi Patto harus cermin diri dulu sebelum kritik #MIB #Negaraku #Malaysia


*Kenyataan Media*
*J.Dhinagaran*
*Ahli Majlis Kerja Pusat*
*Malaysian India Congress*

*_Kashturi Patto harus cermin diri sebelum mengkritik pelan tindakan masyarakat India Malaysia_*

1. Baru  - baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB). MIB ini merupakan satu pelan 10 tahun kerajaan bagi menyelesaikan isu - isu berbangkit yang melibatkan masyarakat berbangsa India di negara ini. Pembangunan pelan tindakan ini menekankan penyatuan dalam modaliti pelaksanaan yang bertumpu kepada empat tonggak utama iaitu memenuhi keperluan asas, merealisasikan potensi setiap kanak-kanak, meningkatkan pendapatan dan kekayaan serta peningkatan penyertaan sosial. (Rujukan : http://www.hmetro.com.my/node/223925) 




2. Namun malangnya, tindakan ikhlas serta komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan untuk membantu masyarakat India dikritik oleh pihak pembangkang sehingga terdapat usaha untuk mensabotaj pelan tindakan ini supaya masyarakat berbangsa India terus terpinggir dari arus pembangunan negara. Antara yang mengkritik pelan tindakan ini adalah Ahli Parlimen saya sendiri iaitu Kashturi Patto dari DAP (Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/24/dap-indian-blueprint-has-neglected-welfare-of-women/) .

3. Apa yang menghairankan adalah kritikan Kashturi Patto ini adalah konon nya kerana MIB mengabaikan wanita kaum India dan wanita yang terlibat dalam keganasan rumah tangga ini adalah tidak berasas sama sekali dan hanya membuktikan bahawa Kashturi Patto langsung tidak membaca dokumen MIB yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Ini membuktikan pihak pembangkang hanya membangkang pelan tindakan yang dilancarkan oleh kerajaan secara buta tuli tanpa melakukan sebarang kajian terlebih dahulu. 

4. Dalam dokumen MIB yang dikeluarkan, wanita secara spesifik disebut sebanyak 20 kali dimana dalam Bab 1, muka surat 16 kerajaan secara jelas memgeluarkan data bahawa purata kadar pengangguran bagi kaum wanita India berada pada kadar 5.2% berbanding dengan hanya 3.2% bagi kaum wanita di Malaysia secara keseluruhan. 

5. Ini membuktikan bahawa kerajaan sedar akan kadar penganguran wanita India dan mereka tidak diabaikan. Malah data ini diambil dari kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bukan dipetik dari "langit" seperti yang selalu dilakukan oleh pembangkang. Sebab itu pelan tindakan ini dilancarkan supaya penigkatan pendapatan dan tahap kekayaan mereka dalam kalangan IB40 dapat dipertingkatkan bagi lelaki dan wanita. 

6. Kemudian, dalam Bab 2, muka surat 46 kerajaan menyebut secara jelas permasalahan keganasan rumah tangga dan dalam muka surat 47 kerajaan menerbitkan data keganasan rumah tangga mengikut pecahan kaum melalui kajian Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Bagi membantu dan menyelesaikan kes penderaan rumah tangga, kerajaan telah menyediakan beberapa langkah intervensi semasa tetapi ini akan terus diperbaiki.

7. Secara konklusinya, dokumen pelan tindakan (MIB) yang dikeluarkan oleh kerajaan sangat jelas dan merupakan satu dokumen yang inklusif serta komprehensif dalam menyentuh segala aspek permasalahan masyarakat India di negara ini dan juga apa cadangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, fitnah Kashturi Patto bahawa kaum wanita B40 dan wanita yang terlibat dalam keganasan rumah tangga diabaikan adalah satu penipuan, fitnah dan berniat jahat untuk mensabotaj MIB kerajaan BN.

8. Nasihat saya kepada Kashturi Patto, lebih elok beliau membaca dokumen MIB yang dikeluarkan oleh kerajaan sebelum mengeluarkan kenyataan yang dilihat dangkal dan bodoh. Persoalan saya kepada Kashturi Patto, mana pelan tindakan kerajaan DAP di Pulau Pinang mahupun di Selangor  dalam membantu meningkatkan taraf sosio - ekonomi masyarakat India di negeri tersebut? 

*Terima Kasih*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget