KL CHRONICLE: #DemiNegara SPAD berjumpa pengusaha teksi dan kereta sewa Wilayah Utara

Thursday, April 27, 2017

#DemiNegara SPAD berjumpa pengusaha teksi dan kereta sewa Wilayah Utara




Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengerusi SPAD, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azaharuddin Mat Sah yang sudi meluangkan masa untuk berjumpa dengan pengusaha teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa wilayah utara di Pulau Pinang, Malaysia baru - baru ini. 




Objektif utama perjumpaan ini adalah untuk SPAD memberi taklimat kepada  pengusaha teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa wilayah utara dalam tiga perkara berikut iaitu:

a) Langkah - langkah dibawah Program Transformasi Industri Teksi (TPIP)
b) Pemberian lesen individu dan geran tunai
c) Proses integrasi industri teksi


Bagi kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil oleh SPAD untuk berjumpa dengan pengusaha teksi Wilayah Utara wajar diberi pujian. Ini kerana ini membuktikan SPAD turun ke "akar umbi" untuk mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha teksi dan akan cuba selesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam masa tercepat. 


Kembali kepada TPIP, kami ingin merujuk kembali satu artikel yang diterbitkan di laman blog Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Dalam artikel tersebut PM telah dengan jelas menceritakan tentang masalah yang dihadapi oleh industri teksi dan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ini. Sila rujuk : https://www.najibrazak.com/bm/blog/transformasi-industri-teksi/


Apa yang menarik adalah sesi kedua taklimat SPAD kepada pengusaha teksi Wilayah Utara adalah pemberian lesen individu dan geran tunai. Jika dilihat balik kepada kenyataan PM pada 18 October 2016 ini merupakan salah satu cara bagaimana kerajaan ingin membantu pemandu teksi untuk meningkatkan pendapatan serta mengurangkan beban mereka. Ini juga membuktikan SPAD dan kerajaan menunaikan janji mereka untuk membantu pemandu teksi. 

Oleh yang demikian. kami berasakan mereka yang mengkritik SPAD dan kerajaan sebagai "tidak buat kerja" atau "tidak peduli kebajikan pemandu teksi" merupakan orang yang dangkal dan bodoh. Ini kerana telah terbukti SPAD turun ke roadshow serata negara untuk membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban pengusaha teksi namun masih terdapat segelintir dari pengusaha yang tidka tahu bersyukur dan berterusan mengkritik SPAD dan kerajaan.

Apa lagi yang mereka mahu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget