Sempena lawatan Raja Salman AbdulAziz Al - Saud ke Malaysia dalam lawatan kerja selama empat hari, semalam President of Saudi Press Agency Encik Abdullah F. Al Hussain telah melawat beberapa InfraRakyat yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad.
Antara objektif utama lawatan Encik Abdullah F. Al Hussain adalah untuk melihat sendiri sistem rel bertaraf dunia yang dimiliki Malaysia antaranya Mass Rail Transit (MRT), Light Rail Transit (LRT) serta melawat depoh Prasarana di Subang.
Kunjungan President of Saudi Press Agency ini sudah pastinya kerana kerajaan Saudi Arabia mengagumi sikap profesional dan kecekapan yang ditunjukkan oleh kakitangan Prasarana yang menjadi operator bagi Sistem Metro Laluan Selatan Al Mashaaer Al Mugaddassah di Arab Saudi yang beroperasi selama tujuh hari setahun ketika musim haji.
Sehingga hari ini tidak ada sebarang masalah yang telah dilaporkan. Mana tahu, jika ada rezeki pada masa akan datang Prasarana bakal menjadi operator High Speed Rail (HSR) antara Makkah dan Madinah yang akan siap beberapa tahun lagi.
Akhir sekali, steady sahaja syarikat Prasarana,walaupun dikutuk di Malaysia tapi dipandang tinggi di Arab Saudi sehingga ada wakil yang datang melihat sendiri infrastruktur yang ada.
#KekalNajib #DemiRakyat #MalaysiaSaudiArabia
No comments:
Post a Comment