Kehadiran Penjaga Dua Masjid Suci di Kota Makkah dan Madinah, Raja Salman AbdulAziz Al - Saud ke Malaysia buat pertama kalinya membuktikan keyakinan keluarga Diraja Al - Saud akan kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan potensi Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan terbaik di dunia.
Kerajaan Diraja Arab Saudi tiba dengan kekuatan hampir 600 orang delegasi yang terdiri daripada menteri - menteri serta pemain industri yang diketuai oleh syarikat konglomerat minyak dan gas dunia Saudi Aramco. Difahamkan satu pengumuman penting kerjasama antara Saudi Aramco dan PETRONAS akan diumumkan dalam masa beberapa jam yang akan datang.
Walaupun Perdana Menteri dihina dan dikeji oleh penyokong serta parti pembangkang, beliau tetap istiqamah dan konsisten dalam mencari pelaburan - pelaburan strategik demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Inilah sikap pemimpin yang bertanggungjawab.
#KekalNajib #DemiRakyat #MalaysiaSaudiArabia
No comments:
Post a Comment