KL CHRONICLE: TMJ turut masuk senarai calon Presiden FAM

Monday, January 23, 2017

TMJ turut masuk senarai calon Presiden FAM


Tiga calon dijangka bertanding untuk merebut 'kerusi panas' jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM yang dijadual berlangsung pada 25 Mac ini. EXCO FAM merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat kekal menjadi calon popular untuk bertanding bagi jawatan terbabit menjelang tempoh penamaan calon ditutup, hari ini. 


"Sebanyak 12 ahli gabungan FAM dilaporkan mencalonkan Aseh bagi merebut jawatan itu kerana percaya dengan kemampuannya, selain namanya dicadangkan sendiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Dua lagi calon adalah Tunku Ismail sendiri yang dikatakan mendapat lima pencalonan daripada ahli gabungan sementara satu ahli gabungan mencalonkan bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa," katanya ketika dihubungi BH Sukan. 
Dua lagi ahli gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sehingga semalam masih belum lagi mengumumkan calon masing-masing dengan nama mereka hanya akan diketahui selepas tempoh pencalonan tamat hari ini. Dalam masa sama, Yusoff tidak menolak kemungkinan akan berlakunya pertambahan dari segi sokongan terhadap pencalonan bagi tiga nama terbabit. 
"Mungkin ada antara tiga calon ini turut mendapat sokongan daripada ahli gabungan yang masih 'berahsia' namun segala-galanya akan diketahui esok (hari ini)," katanya. 
Selain itu, Yusoff juga turut berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM pada kongres itu nanti. 
"Esok (hari ini) baharu saya akan putuskan sama ada mahu menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM atau tidak. Semuanya bergantung kepada keadaan," katanya. 
Senarai akhir calon akan dibentangkan kepada EXCO FAM pada 20 Februari bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan untuk penggal 2017-2021.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/238396

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget