Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak hari ini mempertahankan parti komponen Barisan Nasional (BN), Malaysia Chinese Association (MCA) dari terus diserang oleh Ketua Umum pembangkang Dr. Mahathir Mohamad. Ini susulan fitnah dan U-turn yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dimana beliau telah mengatakan bahawa MCA pernah minta jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sebagai Pengerusi Barisan Nasional, sudah pastilah Perdana Menteri lebih arif tentang perihal serta maklumat sulit yang berlaku didalam Barisan Nasional. Jika pernah sekalipun MCA meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri, ianya tidak pernah dilakukan secara rasmi didalam mesyuarat Barisan Nasional. Ianya mungkin berlaku didalam mesyuarat dalaman MCA sendiri namun tidak pernah dibawa ke kepimpinan tertinggi Barisan Nasional seperti yang difitnah oleh Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir perlu ingat bahawa zaman pemerintahan ala diktator seperti yang dilakukan beliau selama 22-tahun sudah berakhir. Cara kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak adalah berbeza dimana segala keputusan dilakukan secara berjemaah dan bermesyuarat dengan mengambil ketetapan bersama. Tidak ada lagi "unilateral" decision diambil oleh Perdana Menteri seperti yang dilakukan ketika zaman Dr. Mahathir.
Oleh yang demikian, kami di #KLChronicle berharap Dr. Mahathir hentikan lah dengan fitnah beliau terhadap MCA dan juga Barisan Nasional. Jika Dr. Mahathir betul mahu menjatuhkan Barisan Nasional, "do it like a gentleman" dan bertanding pada PRU - 14 yang akan datang. Malah Dr. Mahathir boleh bertanding di kawasan Putrajaya seperti yang dicadangkan oleh pemimpin PAN, Husam Musa semalam.
Bukankah ini lebih baik?
No comments:
Post a Comment