KL CHRONICLE: Text Penuh doa PM @NajibRazak ketika #PAU2016

Friday, December 2, 2016

Text Penuh doa PM @NajibRazak ketika #PAU2016


Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah, kau selamatkanlah dan berkatilah bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini, dan negara yang tercinta ini.




Ya Rabbi, kerana di sinilah kami lahir, tumpah dan menitiknya darah kami, di sinilah kami dinesaekan, di tanah dan perwilayahan ini kami berjuang serta dipersempadanan ini juga kami akan disemadikan satu hari kelak.

Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau yang tidak memberi pertolongan, taufik dan hidayah, maka pada siapalah lagi dapat kami bergantunh dan meletakkan urusan hidup kami serta mati kami juga anak cucu kami.

Janganlah diKau Ya Illahi Rabbi, biarkan tanah air ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.

Duhai Sang Yang maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan kepada bangsa Melayu, parti UMNO dan rakyat sekalian serta datangkanlah bahagia pada tanah air.

Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung, kami berjanji bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir biarpun nyawa kami ditukar ganti.

Amin Allahumma Amin.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget