KL CHRONICLE: Netizen bidas "Cheap Publicity" Lim Guan Eng untuk memalukan MCA

Friday, December 30, 2016

Netizen bidas "Cheap Publicity" Lim Guan Eng untuk memalukan MCA



Baru - baru ini, negara dikejutkan dengan satu lagi kenyataan lucu yang dikeluarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, dimana mereka (DAP) mahu memberikan pinjaman sebanyak RM 50 juta kepada kerajaan Persekutuan supaya kerajaan boleh menggunakan RM 50 juta tersebut untuk membantu sekolah - sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) di seluruh negara. 


Tawaran ini dilakukan oleh DAP kerana konon nya kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai wang untuk membantu SKJC. Oleh yang demikian, DAP yang kini terdesak cuba menjadi "jaguh" dalam isu ini namun mereka lupa satu perkara, kerajaan BN bukanlah kerajaan yang rasis namun memberi bantuan kepada semua agama dan bangsa seperti yang diumumkan dalam Bajet baru- baru ini. 

TIndakan DAP yang hanya mahu memberi pinjaman RM 50 juta kepada SJKC turut dipersoal oleh netizen yang bertanya jika DAP benar - benar ikhlas, mengapa mahu beri RM 50 juta hanya kepada SJKC dan bukan kepada sekolah - sekolah lain di negara ini. Ini membuktikan bahawa DAP sebenarnya sebuah parti yang rasis dan chauvinist dan hanya menggunakan hal kaum dan bangsa untuk meraih mileage politik. 

Bagi kami di #KLChronicle, respon MCA terhadap tindakan DAP ini menunjukkan kematangan MCA dalam menjaga keharmonian kaum dan agama di negara ini. Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng turut membidas Lim Guan Eng dengan mengatakan hal berkaitan sekolah Cina tidak boleh diselesaikan dengan peperangan mulut seperti yang dilakukan DAP. 

Menurut Cheng:

 "MCA sentiasa bekerja keras untuk membantu pendidikan masyarakat Cina di negara ini..pelawaan Guan Eng hanya bersifat provokasi hanya untuk publisiti murahan"
Bagi kami di #KLChronicle, masyarakat Cina harus yakin dengan keikhlasan dan keseriusan kerajaan BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak untuk membantu masyarakat Cina. Seperti biasa, DAP hanya tahu bersandiwara namun bila tiba masanya untuk menolong masyarakat Cina, mereka akan menghilangkan diri dan menyalahkan kerajaan BN. Pernahkah ini terjadi kepada anda?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget