Baru - baru ini negara dikejutkan dengan ucapan berbaur politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menyambut perayaan Hari Natal sehinggakan kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan netizen dan pemimpin - pemimpin politik di seluruh negara. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tindakan Lim Guan Eng itu tidak bertanggungjawab dan perayaan Hari Natal tidak sepatutnya dipolitikkan oleh pihak pembangkang.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga telah melahirkan rasa kekecewaan beliau dengan tindakan Lim Guan Eng kerana beliau (Datuk Seri Liow Tiong Lai) percaya rakyat Malaysia seharus nya meraikan Hari Natal dengan keadaan yang aman tanpa dipolitikkan oleh mana - mana pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Lim Guan Eng ataupun mana - mana pemimpin pembangkang yang lain.
Bagi kami di #KLChronicle, sememangnya tindakan Lim Guan Eng merupakan satu tindakan yang "low class" dimana ini membuktikan DAP semakin terdesak sehingga perayaan agama juga sanggup dipolitikkan oleh mereka. DAP tahu bahawa Lim Guan Eng bakal didapati bersalah atas kes rasuah dan untuk menunjukkan mereka konon nya ditindas, DAP menggunakan perayaan Hari Natal untuk menyampaikan "mesej" mereka.
Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:
'Lim Guan Eng merupakan seorang yang telah bergaduh dengan semua orang yang pernah membantu beliau'
Kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai ini sangat tepat apabila kerana terlalu taksub untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, rejim DAP telah sanggup bekerjasama dengan musuh mereka Dr. Mahathir Mohamad sehinggakan ramai ahli - ahli DAP akar umbi telah kecewa dengan rejim kepimpinan DAP. Ini terbukti apabila hanya 30% perwakilan yang telah menghadiri Konvensyen Tahunan DAP dimana sebelum bekerjasama dengan Dr. Mahathir, kehadiran adalah hampir lebih dari 85%.
Ada lagi yang hendak menyokong DAP yang telah terbukti hipokrit dalam kerjasama politik mereka?
No comments:
Post a Comment